#961
|
||||
|
||||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
u & siaokia same same? |
#962
|
||||
|
||||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
Rogol teman wanita di belakang pintu rumah
KUALA LUMPUR: Tidak dapat menahan gelora nafsu menyebabkan seorang pemuda tergamak menarik dan mengheret teman wanitanya masuk ke dalam rumah sebelum memperkosanya di belakang pintu. Dalam kejadian itu, mangsa pelajar kolej berusia 20 tahun diperdaya teman lelakinya dengan alasan ingin mengambil barang berharga di rumah bagi membolehkan mangsa dibawa pulang. Difahamkan, suspek pada mulanya gagal memperdaya mangsa masuk ke dalam rumahnya selepas mangsa bertegas menunggu di dalam kereta hampir satu jam. Bagaimanapun, tidak sabar dengan gelagat mangsa, suspek menarik mangsa ke dalam rumah sebelum diperkosa. Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila mangsa mengikut suspek yang baru dikenalinya beberapa bulan lalu untuk keluar makan pada jam 12 tengah malam, kelmarin, di sebuah restoran sekitar ibu kota. “Selepas makan suspek membawa mangsa bersiar-siar sekitar ibu kota dengan menaiki kereta Proton Gen.2 berwarna kelabu miliknya. “Bagaimanapun, suspek tiba-tiba mendakwa tertinggal barang berharga di rumahnya dan meminta kebenaran kepada mangsa pulang ke rumah bagi mencari dan mengambilnya,” katanya. Mangsa yang bersetuju dengan permintaan suspek kemudian mengikuti suspek ke rumahnya di kawasan perumahan di Pandan Jaya dan menunggunya dalam kereta. “Mangsa dipelawa masuk tetapi enggan menuruti arahan suspek,” katanya. Bagaimanapun, mangsa mula khuatir kerana suspek tidak muncul selepas hampir satu jam menyebabkannya keluar untuk meninjau. Namun, mangsa melihat kelibat suspek yang tidak memakai baju menghampirinya dan memujuk mangsa untuk masuk ke dalam rumah bagi membantunya mencari barangan yang hilang itu. Bagaimanapun ketika melangkah ke pintu rumah terbabit, mangsa berubah fikiran dan membatalkan niat untuk masuk. Suspek yang berang kemudian menarik mangsa masuk ke dalam rumah dan merogolnya di hadapan pintu rumah berkenaan.
__________________
Rexxar The BeastMaster -Primal Roar- |
#963
|
||||
|
||||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
BERLIN – Beratus-ratus anggota polis wanita di Jerman akan menerima coli kalis peluru yang diperbuat daripada kain kapas putih dengan tertera perkataan polis untuk memberikan lebih perlindungan ketika mereka mengenakan jaket kalis peluru.
“Risiko keselamatan agak tipis bagi wanita yang memakai coli biasa kerana terdapat beberapa peralatan logam dalam jaket kalis peluru,” kata seorang jurucakap polis di utara bandar Hanover, Berlin. Beliau berkata, lebih 3,000 polis wanita yang berkhidmat untuk polis persekutuan Jerman akan dilengkapkan dengan coli baru yang seperti coli untuk bersukan. – Reuters walaupun ia kalis peluru tetapi dipercayai tidak kalis 'garfu' bergerak
__________________
Rexxar The BeastMaster -Primal Roar- |
#964
|
||||
|
||||
Azab urut ganas
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Khamis 14hb Ogos 2008 :-
Azab urut ganas KAJANG : Akibat kemaruk mendapatkan rawatan urutan batin hampir setiap minggu, seorang pesara syarikat pengangkutan menanggung azab tidak terhingga selain mengalami kencing berdarah sejak sebulan lalu akibat tindakan agresif gadis tukang urut ‘ganas’ yang didakwa tidak berpengalaman. Kencing berdarah akibat urat pada kemaluannya yang membengkak menyebabkan lelaki terbabit kini terpaksa berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan berikutan bimbang boleh menyebabkan dia mati pucuk. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Omar, 57, berkata dia tidak menyangka keinginan merasai urutan batin membawa kepada bala yang hampir memusnahkan kejantanannya. Bapa kepada empat cahaya mata itu berkata, dia kerap berkunjung ke beberapa rumah urut tradisional di Taman Len Sen, Cheras dan Pandan Jaya, Ampang. “Saya dulu kerap masuk angin dalam badan menyebabkan seluruh tubuh terasa menyucuk dan sengal sehingga tidak lena tidur. Saya pernah menjalani rawatan tradisional membuang angin di Semenyih, namun penyakit sama berulang. “Akhirnya ada rakan mencadangkan saya mencuba urutan tradisional istimewa dengan bayaran RM50 sejam yang dilakukan tukang urut perempuan sekitar April lalu,” katanya. Menurutnya, ketika pertama kali mengunjungi rumah urut terbabit, dia yang diurut gadis berusia sekitar 20-an dikenali sebagai Baby, teruja dengan layanan mesra dan keramahan tutur kata tukang urut itu. “Lebih memeranjatkan apabila gadis itu tanpa segan silu menawarkan urutan tambahan dikenali sebagai urut batin dengan alasan mampu membuang angin dalam perut dan kepala dengan segera,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro, semalam. Omar berkata, dia bersetuju menambah bayaran RM50 bagi menjalani urutan batin dan sejurus kemudian, alat sulitnya diurut sehingga mencapai ereksi. “Sejak itu saya mula ketagih dan kerap menjalani urutan batin di rumah urut berlainan di sekitar Cheras dan Ampang, sebelum aktiviti itu menjadi rutin mingguan,” katanya. Menurutnya, peristiwa menakutkan menimpa dirinya awal Julai lalu selepas mendapatkan khidmat urutan tradisional secara pakej merangkumi urut batin di sebuah rumah urut terkenal di Pandan Jaya di sini. “Saya tidak hanya ditawarkan urutan badan tradisional, malah dipelawa menjalani urutan batin selama 30 minit pada harga RM150 yang dilakukan seorang wanita muda. Menurut Omar, selepas melakukan terapi itu, dia terus pulang dan ketika bangun tidur keesokan paginya, dia mula berasa sesuatu tidak kena apabila kemaluannya seperti membengkak dan berdenyut. “Malah, saya berasa sakit amat sangat ketika hendak membuang air kecil. Sebaik melihat pada mangkuk tandas, saya tambah panik apabila melihat titisan air kencing bercampur darah. “Ketika itu saya terpaksa menggenggam kepala paip di tandas untuk menahan sakit dan pedih keterlaluan. Malah, saya hampir pitam akibat tidak dapat menahan rasa sakit melampau setiap kali membuang air kecil,” katanya. Omar berkata, keadaannya tambah menyeksakan apabila dia kerap terasa hendak membuang air kecil tanpa diketahui puncanya. Menurutnya, azab akibat kesakitan pada kemaluannya cukup memeritkan menyebabkan dia segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran rumahnya di Sungai Kantan, Kajang. “Doktor di klinik itu hanya memberikan saya pil penahan sakit sambil meminta saya mendapatkan rawatan susulan di hospital bagi memastikan penyakit itu dapat dipulihkan sepenuhnya. “Saya benar-benar serik dengan pengalaman ini. Walaupun kesakitan dan dalam dalam air kencing sudah berkurangan selepas diberikan ubat, ia memakan masa untuk sembuh,” katanya. Menurutnya, doktor yang merawatnya memberitahu alat sulitnya mengalami kecederaan pada urat saraf dan pembuluh darah dipercayai akibat urutan ‘ganas’ itu. ---KatoeyNewsNetwork |
#965
|
||||
|
||||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
Quote:
Lama tidak guna bahasa melayu. Sekarang ada NL punya nombor, mesti latih sedikit... Kalau sudah FR tempat lain, boleh terjemah dan FR sini, ke? Tidak nampak pun, FR "double"... |
#966
|
|||
|
|||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
Quote:
Nampaknya pengundi sudah matang, tidak semudah percaya propaganda yang zalim |
#967
|
||||
|
||||
Letak nat lori pada kemaluan
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 30hb Ogos 2008 :-
Letak nat lori pada kemaluan JOHOR BAHRU : Kerana terlalu taksub untuk mendapat kepuasan seks, seorang lelaki berusia 20-an bertindak melampau meletakkan objek bulat dipercayai nat lori atau kereta bergaris pusat kira-kira 1.5 sentimeter pada kemaluannya, pada kira-kira jam 2 pagi semalam. Malangnya, apabila bangun dari tidur, lelaki itu mendapati kemaluannya membengkak menyebabkan nat berkenaan tidak boleh dikeluarkan. Berikutan bimbang dan malu atas perbuatannya itu, lelaki terbabit dipercayai cuba mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mengeluarkan nat berkenaan, namun pihak hospital terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) bagi membantu memotong nut besi itu. Bagaimanapun, selepas menjalani pemeriksaan dan hasil perbincangan antara pihak JBP dan hospital, pegawai JBP berpendapat mereka tidak dapat memotong besi itu bagi mengelak kejadian tidak diingini.---KatoeyNewsNetwork |
#968
|
||||
|
||||
Lagi 17 ‘gadis kuaci’ ditangkap di Jln Pasar, KL
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Jumaat 12hb September 2008 :-
Lagi 17 ‘gadis kuaci’ ditangkap di Jalan Pasar, KL KUALA LUMPUR: Walaupun sudah enam kali diserbu Jabatan Imigresen dan lebih 100 pekerja seks kebanyakan warga China yang digelar ‘gadis kuaci’ ditahan, sebuah medan selera di Jalan Pasar di sini, masih membenarkan kegiatan maksiat terus dilakukan di kawasan itu. Berikutan itu, Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Imigresen, Datuk Ishak Mohamad, meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan sesuatu di kawasan terbabit supaya medan selera itu bebas daripada kegiatan maksiat. Menurutnya, dalam operasi dua jam bermula kira-kira jam 11 malam tadi, seramai 17 wanita China dipercayai pekerja seks ditahan dan dibawa Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) KL untuk tindakan lanjut. ---KatoeyNewsNetwork |
#969
|
|||
|
|||
Re: Letak nat lori pada kemaluan
Quote:
Nat itu masih di koteknya ?
__________________
"Tuhan beri kita satu kotek dan satu otak, tetapi tidak cukup darah untuk mengunakan kedua-duanya sekali gus" "Untuk melakukan kegiatan seks, wanita perlukan alasan tetapi lelaki hanya perlukan tempat !!" |
#970
|
|||
|
|||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
Eh, Abang Katoey, tarak berita steam steam lagi, ke ?
__________________
"Tuhan beri kita satu kotek dan satu otak, tetapi tidak cukup darah untuk mengunakan kedua-duanya sekali gus" "Untuk melakukan kegiatan seks, wanita perlukan alasan tetapi lelaki hanya perlukan tempat !!" |
#971
|
||||
|
||||
KatoeyNewsNetwork
Akan Datang ........
|
#972
|
||||
|
||||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
Saya cinta perumpuan melayu , ada besar durian dan bungkus )
|
#973
|
|||
|
|||
Re: KatoeyNewsNetwork
Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama
Nanti di-ambik orang. Apacam Abang Katoey, lagu saya syiok tak ?
__________________
"Tuhan beri kita satu kotek dan satu otak, tetapi tidak cukup darah untuk mengunakan kedua-duanya sekali gus" "Untuk melakukan kegiatan seks, wanita perlukan alasan tetapi lelaki hanya perlukan tempat !!" |
#974
|
||||
|
||||
Ratu pondan
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Ahad 16hb November 2008 :-
Ratu pondan KUALA LUMPUR : Ketika isu pengkid hangat diperkatakan, golongan mak nyah atau pondan di negara ini bagaikan diberi layanan istimewa apabila ada pihak yang ‘bermurah hati’ menyediakan pertandingan khas untuk memilih ratu cantik di kalangan mereka. Menerusi penyertaan dalam pertandingan ‘ratu cantik pondan’ itu, golongan terbabit dikatakan berada di puncak impian apabila berpeluang merubah diri menjadi wanita yang tampil dengan gaya anggun dan menawan selain meraih pelbagai gelaran seperti Queen of the Year (Ratu Tahun Ini) dan All Star (Bintang-bintang). Berdasarkan maklumat diterima daripada sumber, wartawan Metro Ahad berjaya menyusup masuk ke sebuah kelab di ibu kota yang kini ‘ligat’ memulakan misi mencari bakat baru pondan untuk dimahkotakan sebagai ratu cantik. Bagaikan ‘kebal’ daripada penguatkuasaan undang-undang, iklan mengenai pertandingan itu ditampal di papan kenyataan di luar kelab berkenaan sehingga mengundang perhatian orang ramai yang lalu lalang. Berdasarkan iklan berkenaan, peserta hanya dikenakan wang pendaftaran serendah RM30 dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM2,000 untuk tempat pertama, RM500 (kedua) dan RM300 (ketiga). Foto wajah finalis dan ratu pondan bagi pertandingan tahun lalu diabadikan di satu sudut khas di dalam kelab itu termasuk barisan ratu pondan yang menyertai pertandingan satu kategori khas pada Jun lalu. Seorang pengunjung yang ditemui berkata, pertandingan dijangka lewat dimulakan kerana masih menunggu penyertaan daripada golongan terbabit, paling awal pertandingan dijangka bermula pada jam 12.30 tengah malam. Begitupun, seawal jam 10 malam, kelihatan beberapa pengunjung mula memasuki kelab berkenaan untuk berhibur terlebih dulu sebelum melihat pertandingan berkenaan. Pengunjung yang mahu dikenali sebagai Didi, 23, itu berkata kelab berkenaan adalah kelab yang cukup terkenal di kalangan golongan homoseksual gay. “Kelab ini sudah lama beroperasi dan tidak keterlaluan dikatakan ia kelab gay paling lama bertahan di ibu kota. Setiap tahun memang ada pertandingan ratu cantik pondan di kelab ini,” katanya. Seperti diberitahu Didi, wartawan Metro Ahad memasuki kelab berkenaan pada jam 12.30 malam tetapi pertandingan belum dimulakan. Begitupun, suasana kelab tetap meriah apabila pengunjung yang semuanya lelaki berhibur mengikut alunan rentak disko bersama ‘pasangan’ masing-masing. Bukan saja warga tempatan, tetapi warga asing termasuk Mat Salih dan warga Afrika turut mengunjungi kelab berkenaan. Malah, ada yang berpasangan dengan warga tempatan tanpa segan silu bercengkerama seperti pasangan kekasih. Di sudut tertentu yang lebih gelap dan menempatkan kerusi dalam kelab itu, kelihatan beberapa pasangan gay asyik bercumbu rayu tanpa dipedulikan pengunjung lain. Kelibat peserta yang hadir bersama jurumekap dan beg besar berisi pakaian dan aksesori mula kelihatan sekitar jam 1 pagi. Pada jam 2 pagi, disaksikan kira-kira 100 penonton, pertandingan yang dinamakan Extreme II Faces, bermula dan peserta diperkenalkan pengacara majlis. Memandangkan pertandingan diadakan untuk peringkat pertama, hanya tiga peserta mengambil bahagian. Seorang daripada tiga peserta berkenaan adalah pelajar kolej, manakala dua lagi tidak diberitahu pekerjaan mereka. Untuk sesi pengenalan, ketiga-ketiga peserta tampil dengan berpakaian ‘gaun malam’ sambil berjalan dengan gaya ‘catwalk’ persis model. Peserta kemudian dikehendaki menyanyi secara ‘miming’ mengikut rentak lagu yang disampaikan. Dua daripada peserta memilih lagu Datuk Siti Nurhaliza dan seorang lagi membawa lagu Erra Fazira. Bagi sesi kedua iaitu penampilan gaya lelaki, seorang ‘ratu cantik pondan senior’ yang memakai gaun yang amat seksi membuat penampilan khas dengan nyanyian ‘miming’ lagu Inggeris dan tarian mengghairahkan. Sebaik persembahan yang mendapat tepukan dan jeritan penonton itu berakhir kira-kira lima minit kemudian, ketiga-tiga ‘jantan jambu’ peserta Extreme II Faces muncul semula dengan pakaian lelaki yang penuh segak dan bergaya. Persembahan itu mengakhiri saringan peringkat pertama pertandingan berkenaan dengan keseluruhan sesi hanya mengambil masa setengah jam. Dua juri terdiri daripada golongan mak nyah mengadili pertandingan dan markah untuk hari berkenaan akan menjadi sandaran kepada ketiga-tiga peserta terbabit untuk menempatkan diri ke peringkat seterusnya. Pengacara majlis mengumumkan bahawa pertandingan akan diteruskan untuk tempoh beberapa minggu. Peringkat akhir pertandingan belum dapat ditetapkan kerana ia bergantung kepada penyertaan peserta. Sementara itu, bekas peserta ratu pondan pada 2003, 2004 dan 2005 yang mahu dikenali sebagai Gee, 29, berkata pertandingan ratu cantik pondan seperti itu perlu dibongkar kerana ia sudah lama diadakan di kelab berkenaan. “Dibandingkan dengan pendedahan ratu pondan di Kelantan sebelum ini, di kelab ini lagi teruk kerana ia turut menganjurkan ratu pondan antarabangsa, terutama dari negara jiran Thailand. “Ketika ini, ramai di kalangan pondan muda yang terjebak dengan pertandingan ini kerana ingin mendapatkan wang dan ada juga sekadar suka-suka dan mencari kenalan. “Di situ juga boleh jumpa ‘mak ayam’ yang popular di kalangan pondan. Sebab itu ramai yang ingin menyertai pertandingan itu. Ada antara mereka pelajar universiti dan juga pekerja profesional,” katanya. Bagi bekas peserta ratu pondan 2005 yang mahu dikenali sebagai Mimi, 25, dia dan rakan menyertai ratu pondan kerana golongan seperti mereka susah untuk ‘drag’ (memakai pakaian wanita) dan takut diketahui keluarga sebab masih tinggal dengan keluarga. “Peluang menyertai ratu pondan ini bukan saja beri memberi kepuasan, tetapi dapat ‘lepas geram’ kerana sudah lama memendam hasrat untuk berpakaian dan melaram sama dengan perempuan. “Sebelum itu, saya hanya memakai pakaian perempuan dan menjadi pondan ketika di rumah kawan kerana takut berbuat demikian di luar rumah, bimbang risau diketahui keluarga. --- KatoeyNewsNetwork |
#975
|
||||
|
||||
Sindiket pelacur cair rintihan
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Rabu 3hb Disember 2008 :-
Sindiket pelacur cair rintihan KUALA LUMPUR : Dua gadis yang diperdaya sebelum dipaksa menjadi pelacur ‘bikini’ tidak menyangka rintihan dan tangisan mereka secara berterusan selama 12 jam menjadi senjata paling ampuh untuk menundukkan beberapa ahli sindiket pelacuran. Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 19 tahun 21 tahun menangis teresak-esak sambil melutut dan merayu supaya tidak dijadikan pelacur di sebuah pusat spa yang dipercayai terletak di Puchong di sini. Difahamkan ratapan dan linangan air mata berterusan mangsa menyebabkan sindiket pelacuran terbabit ‘hilang semangat’ lalu membawa kedua-dua mereka pulang ke sebuah rumah untuk dikurung. Kejadian dikatakan berlaku apabila mangsa dikenali sebagai Feng Yu, 19, dan rakannya, Yang Zhen, 21, dipujuk seorang kenalan supaya datang ke Malaysia untuk bekerja di sebuah kilang. Mangsa yang berasal dari daerah Wunan, China, ditawarkan gaji RM2,500 sebulan. Selepas tiga bulan memikirkan tawaran itu, mangsa bersetuju terbang ke Malaysia dengan menampung sepenuhnya kos membuat pasport dan membeli tiket penerbangan ke negara ini. Feng Yu berkata, sebaik sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 22 November lalu, mereka disambut seorang lelaki tempatan bernama Ah Keong yang menyamar ejen mencari pekerjaan. Menurutnya, lelaki terbabit membawa mereka ke sebuah pangsapuri di sekitar Puchong, namun tidak dibenarkan keluar dari rumah itu. “Kami dikurung di rumah terbabit seperti tawanan perang dan tidak diberikan makanan. Akibatnya kami berlapar dua hari dua malam sebelum lelaki terbabit sekadar memberikan nasi bungkus untuk mengalas perut. “Saya cuba melarikan diri, namun gagal malah beberapa kali diugut akan dipukul sekiranya masih berhajat memboloskan diri,” katanya. Menurutnya, lelaki terbabit mendakwa mangsa tidak mungkin bebas daripada cengkamannya berikutan dia mendakwa mempunyai kenalan di kalangan polis dan kakitangan kedutaan. Feng Yu berkata, lelaki terbabit bagaimanapun muncul pada Sabtu lalu dan mengarahkan dia dan Yang Zhen mengikutnya ke sebuah pusat rawatan spa mewah tidak jauh dari pangsapuri itu. “Sebaik dibawa masuk ke spa itu, kami terkejut apabila melihat 17 hingga 20 gadis berpakaian seksi dipercayai berkhidmat sebagai pelacur. “Kebanyakan mereka berkeadaan separuh bogel dengan hanya memakai seluar dalam dan coli manakala sebahagian lagi memakai baju tidur nipis,” katanya. Menurutnya, mereka yang dibawa memasuki spa terbabit melalui pintu belakang bangunan kemudian dipaksa menanggalkan pakaian dan hanya tinggal seluar dalam dan coli dan diberitahu akan menjadi pelacur di spa itu bersama gadis dari Vietnam, Thailand dan China lain. Menurutnya, kata-kata itu menyebabkan mereka tersentak dan akibat ketakutan, dia dan rakan menangis sekuat-kuat hati di hadapan lelaki terbabit dan melutut meminta belas ihsan daripadanya sebelum dibawa ke sebuah pangsapuri lain di Taman Mutiara, Puchong. “Ketika itu kami mendapat akal untuk melarikan diri dengan berpura-pura setuju menjadi pelacur sepenuh masa dan mungkin kerana percaya dengan lakonan itu, lelaki terbabit memulangkan pasport kami dan memberitahu akan menghantar mereka ke spa keesokan harinya. “Kami berpeluang melarikan diri ketika lelaki terbabit keluar seketika dari rumah sekitar jam 10 malam Ahad lalu, sebelum kami terserempak seorang penghuni pangsapuri itu lalu meminta pertolongan,” katanya. Difahamkan mangsa yang berjaya diselamatkan itu dihantar pulang ke negara asal melalui KLIA petang semalam oleh beberapa individu yang prihatin. --- KatoeyNewsNetwork |
Advert Space Available |
Bookmarks |
|
|