#76
|
||||
|
||||
Tiada rombongan pinang Siti
Laporan dari Harian Metro bertarikh Isnin 13hb Mac 2006 :-
Tiada rombongan pinang Siti KUALA LIPIS: Siti Nurhaliza Taruddin, 27, belum dipinang sesiapa, mungkin tidak buat masa ini. Khabar ini mungkin meredakan debaran di kalangan peminatnya yang teruja dengan kisah `hubungan’ Siti dengan ahli perniagaan, Datuk Khalid Muhd Jiwa, 47, atau Datuk K. Malah, khabar angin bahawa penyanyi nombor satu negara itu bakal disunting Pengerusi Ace Group of Company itu hujung minggu ini juga tidak berlaku. Penyanyi yang dikatakan sedang menyiapkan album terbaru yang memuatkan lagu Hati Berbisik, tidak berada di rumahnya, di sini, untuk menanti rombongan peminangan itu seperti yang dijangka. Ketika wartawan Harian Metro berkunjung ke Kuala Lipis, Siti pula menghiburkan peminatnya di Nilai 3, Negeri Sembilan sempena Karnival Sure Heboh, di sana. Tinjauan Harian Metro turut mendapati rumah berkenaan berkunci dan hanya sebuah Toyota Harrier hitam dan sebuah motosikal berada di tempat letak kereta. Malah, kunjungan ketika malam juga menunjukkan rumah berkenaan gelap seperti tidak berpenghuni. Menurut penduduk berhampiran, sehingga ini, tiada bayang rombongan peminangan datang ke rumah berkenaan biarpun berita mengenainya hangat diperkatakan. Seorang wanita yang enggan namanya didedahkan memberitahu kenderaan keluarga Siti akan melalui depan rumahnya dan begitu juga kenderaan lain yang menuju ke rumah penyanyi itu. “Tetapi, kami tidak lihat lagi sebarang rombongan peminangan datang ke rumah penyanyi itu. Jika ada pun hanya mereka yang datang semata-mata untuk melihat rumahnya. “Lagipun belum tentu mereka akan meminang Siti di sini. Mungkin mereka akan ke Kuala Lumpur atau tempat lain,” katanya. Sabtu lalu, Harian Metro melaporkan pengakuan keluarga Datuk K yang tidak merancang menghantar rombongan meminang penyanyi Malaysia pertama yang menjayakan konsert di Royal Albert Hall of London, April lalu. Menurut ahli keluarga terdekat Khalid, kenyataan ahli perniagaan itu bakal meminang Siti dengan menggunakan khidmat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memalukan mereka sekeluarga. Ini kerana laporan itu seolah-olah menunjukkan dia anak yatim sedangkan dia mempunyai ibu bapa dan keluarga dan tentu urusan peminangannya akan diuruskan ahli keluarganya. Malah, beliau berkata mereka tidak mempunyai perancangan untuk merisik atau meminang Siti, begitu juga dengan cerita bahawa mereka akan melangsungkan perkahwinan Ogos ini. |
#77
|
||||
|
||||
Disko VIP diserbu
Laporan dari Harian Metro bertarikh Isnin 13hb Mac 2006 :-
Disko VIP diserbu KUALA LUMPUR: Pelbagai jenis dadah, termasuk pil khayal dibuang di atas lantai sebaik pihak berkuasa menyerbu sebuah disko haram yang menjadi kegemaran segelintir VIP dan artis di Jalan Loke Yew, di sini, awal pagi semalam. Ketika itu, terdapat seorang lelaki bergelar Datuk, seorang artis dan lima anggota polis tetapi mereka dibebaskan selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati negatif dadah. Mereka dikatakan berkunjung ke disko terbabit hanya sekadar untuk berhibur. Disko berkenaan sebelum ini sudah dua kali diserbu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontingen (IPPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi tetapi masih beroperasi sehingga kini. Pagi semalam, sekumpulan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Judi D7 dari Bukit Aman dengan dibantu Jabatan Narkotik (IPPK) Kuala Lumpur menyerbu disko itu. Seramai 202 orang, berusia 20 hingga 57 tahun, termasuk 20 pekerjanya diperiksa. Jurucakap polis Bukit Aman, berkata serbuan itu dilakukan kira-kira jam 5 pagi bukan saja disebabkan ia beroperasi secara haram, malah lebih daripada masa yang ditetapkan. “Sebaik diserbu, polis menemui dadah Eramin 5, pil Ecstasy, syabu, ketamin dan ganja bertaburan di atas lantai dipercayai dibuang pengunjung yang terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa. “Polis turut menjalankan ujian air kencing bagi mengesan pengambilan dadah dan 76 daripada pengunjung, termasuk 28 wanita ditahan kerana positif dalam ujian terbabit,” katanya kepada pemberita, semalam. Beliau mengatakan polis turut menyita alat muzik disko terbabit, termasuk wang tunai RM1,126. Enam pekerja disko itu juga ditahan kerana positif dadah ujian air kencing mereka. |
#78
|
||||
|
||||
300,000 dijangka dijangkiti HIV/AIDS tahun 2015
Laporan dari Utusan Malaysia bertarikh Isnin 13hb Mac 2006 :-
300,000 dijangka dijangkiti HIV/AIDS tahun 2015 KUALA LUMPUR 12 Mac - Kementerian Kesihatan menganggarkan 300,000 warga Malaysia akan dijangkiti HIV/AIDS menjelang tahun 2015 jika program pencegahan dan kawalan tidak dilaksanakan secara komprehensif. Menterinya, Datuk Dr. Chua Soi Lek berkata, keadaan ini mungkin berlaku jika penagih dadah masih mengamalkan perkongsian jarum manakala mereka yang dijangkiti HIV/AIDS melakukan hubungan seks tanpa kondom. Menurutnya, peningkatan itu berdasarkan kajian terkini terdapat lebih sejuta penagih dadah di seluruh negara iaitu 13 peratus atau 130,000 daripada mereka merupakan penagih dadah suntikan dan ia sentiasa bertambah. Kata Soi Lek. mereka inilah apabila berkongsi jarum akan terdedah kepada risiko jangkitan HIV sebanyak tujuh kali ganda berbanding penagih yang tidak menggunakan suntikan. ``Golongan ini juga didapati berkongsi jarum dengan purata lima orang rakan suntikan dan 80 peratus aktif dalam perhubungan seks sama ada dengan isteri, teman wanita atau pelacur manakala hanya 15 peratus menggunakan kondom. ``Sehubungan itu, sekiranya langkah-langkah seperti pemberian jarum suntikan, kondom, metadon serta aktiviti rawatan tidak berkesan, maka seramai 300,000 dijangkiti HIV/AIDS pada 2015 bakal menjadi kenyataan,'' katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap pada Seminar Sehari Untuk Ahli-Ahli Yang Berhormat Wanita dari Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri Berhubung Wabak HIV/AIDS dan Dadah di sini, hari ini. Teks ucapan beliau dibaca oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Shafie Ooyub. Menurut Soi Lek, sehingga Jun 2005, jumlah terkumpul jangkitan HIV di Malaysia mencapai 67,528 kes termasuk 10,024 (AIDS) dan 7,651 (kematian). ``Pada masa kini, penularan HIV sudah sampai ke tahap pengesanan iaitu 18 kes baru jangkitan HIV, tiga (AIDS) dan tiga (kematian akibat AIDS) setiap hari,'' katanya. |
#79
|
||||
|
||||
Rayuan Siti Nurhaliza
Laporan dari Harian Metro bertarikh Rabu 15hb Mac 2006 :-
Rayuan Siti Nurhaliza KUALA LUMPUR: Penyanyi wanita paling popular, Siti Nurhaliza, simpati terhadap Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali dengan Datuk K yang menjadi buruan wartawan sebaik dia memberikan kenyataan bahawa hatinya sudah dimiliki. Justeru, Siti merayu pihak media massa supaya mengasihani ahli perniagaan itu dan dirinya berhubung spekulasi percintaan dan perkahwinan mereka. “Saya faham sudah menjadi tugas wartawan untuk bertanya, tapi saya amat berharap supaya berikanlah kepada saya mahupun pihak yang cuba dikaitkan itu sedikit ruang. “Mengambil contoh, cuba situasi ini kita samakan dengan orang yang sedang mengandung tetapi belum lagi tiba masanya untuk seorang wanita itu melahirkan anak, tetapi kita cuba paksa agar kandungan itu dilahirkan, tentulah ia tidak boleh. “Seperti yang saya katakan sebelum ini, apabila tiba masanya (membabitkan siapakah lelaki dimaksudkan dan tarikh perkahwinan) saya akan umumkan. “Cuma percayalah masanya belum lagi sesuai untuk saya beritahu sekarang,” katanya sewaktu ditemui pada sidang media mengenai persembahannya sempena Minggu Setiausaha Ekstravaganza, anjuran Hotel Quality City Centre dan Hotel Brisdale, semalam. Isu Siti yang dikaitkan dengan Pengerusi Ace Group Company yang berusia 47 tahun itu mula hangat diperkatakan apabila Siti menyatakan hatinya sudah dimiliki ketika menghadiri majlis Breakfast With Stars anjuran Star Movies, di Hotel Ritz-Carlton di sini, baru-baru ini. Selepas itu, Khalid mengeluarkan kenyataan di Berita Harian pada 10 Mac lalu, yang mengakui dia rapat dengan penyanyi berasal dari Kuala Lipis itu dan memujinya sebagai seorang insan berhemah tinggi, bersopan dan memiliki keperibadian tinggi. Ini ibarat mengesahkan desas-desus yang diperkatakan sekarang bahawa lelaki di hati Siti ialah Datuk K. Apabila diminta komennya mengenai kenyataan Khalid itu, Siti menjelaskan: “Jawapan itu adalah biasa. Jika ditanya kepada peminat mereka akan memberikan kata-kata pujian seperti itu. Seperti yang saya tegaskan sebelum ini memang saya dan Datuk K mengenali antara satu sama lain,” katanya. Siti bagaimanapun tidak menyangka kejujuran dalam menyatakan perkara sebenar mengenai hatinya sudah dimiliki menjadi kontroversi berpanjangan. “Inilah perkara yang menghairankan saya. Tidak sangka pula ia boleh menjadi satu isu besar sedangkan apa yang saya katakan itu rasanya perkara normal. “Apapun, bagi saya tiada apa yang boleh saya kesali kerana ia sudah pun terjadi. “Apa yang diperkatakan itu menjadi begitu besar kerana apa yang saya maksudkan sebelum ini disalah tafsir sesetengah pihak atau ditambah-tambah,” katanya. Penyanyi yang popular dengan lagu Percayalah itu turut ditanya mengenai gosip dan khabar angin kononnya keluarga, terutama ibu dan bapanya tidak setuju dengan pilihannya sehingga menyebabkan dia terpaksa merahsiakan identiti lelaki yang dimaksudkan. Siti berkata, orang boleh mengatakan apa saja sedangkan dia dan keluarganya sendiri mengetahui. “Dalam melalui saat-saat yang tertekan ini saya bersyukur kerana ahli keluarga, termasuk ibu dan bapa di kampung selalu menyokong dan sentiasa berada di sisi. “Saya juga selalu berulang-alik ke kampung sepanjang isu ini hangat diperkatakan kerana apabila berada bersama mereka saya rasa lebih tenang,” katanya. Walaupun berasa tertekan, Siti menganggap apa yang berlaku perkara biasa, terutama membabitkan soal nikah kahwin artis. “Sebelum ini pun kita sudah dapat lihat situasi sama berlaku apabila penyanyi popular seperti Ziana Zain dan Erra Fazira mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. “Apapun saya harus hadapi dan bersikap profesional. Saya tidak akan membiarkan isu terbabit mengganggu tumpuan dalam melaksanakan tugas sebagai penghibur,” katanya yang berjanji memberi persembahan terbaik pada Minggu Setiausaha anjuran Hotel Quality City Centre, di sini, pada 19 dan 20 April depan. Dia juga menafikan peminat meninggalkannya berikutan isu Khalid dikaitkan dengannya. “Mereka sudah matang menilai, terutama membabitkan bakat dan bukan isu peribadi,” katanya. |
#80
|
||||
|
||||
Banglo baru Mawi RM200,000
Laporan dari Berita Harian bertarikh Rabu 15hb Mac 2006 :-
Banglo baru Mawi RM200,000 : Pelan rumah enam bilik dilukis pelajar Universiti Teknologi Malaysia KULAI: Banglo baru dua tingkat untuk ibu bapa juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi di Felda Taib Andak, di sini, dijangka siap dalam tempoh tiga bulan apabila kerja pembinaannya bermula selewat-lewatnya dua minggu lagi. Rumah asal keluarga Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani yang dibina sejak 1971 itu akan dirobohkan terlebih dulu sebelum tapak tanah di kawasan seluas 0.1 hektar berkenaan akan diratakan. Bapa Mawi, Ani Ahmad, 65, berkata rumah tiga bilik yang didiami keluarganya ketika ini berada lebih rendah berbanding paras jalan dan Mawi mahu proses meratakan tanah dibuat bagi memastikan ia sama dengan aras jalan. “Rumah itu akan dirobohkan bulan ini dan buat sementara waktu, mereka sekeluarga akan berpindah dan tinggal di rumah kakak Mawi, Rashidah di kuarters perumahan guru di sini," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, kelmarin. Beliau berkata, banglo baru dua tingkat dengan kos kira-kira RM200,000 itu memiliki enam bilik iaitu empat di tingkat atas dan dua di aras bawah dan ia dibina berdasarkan pelan yang dilukis pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Mohd Fairus Atan. Selain dua bilik tidur, tingkat bawah dilengkapi bilik solat dan istirehat, ruang tamu, ruang keluarga, dapur kering dan dapur basah serta tempat meletak kereta di bahagian luar. Di tingkat atas pula, katanya, ada empat bilik termasuk bilik tidur utama yang bertentangan dengan tiga bilik lain selain ruang keluarga dan balkoni. "Mawi kata dia hendak duduk tingkat atas. Saya dan isteri akan tinggal di bilik bawah. Selain dekat dengan bilik sembahyang, dalam keadaan sudah tua ini, susah juga kalau kena naik turun tangga selalu," katanya. Ani yang lebih mesra dipanggil Pak Atan itu berkata, beliau sudah berunding dengan tukang rumah, Ahmad Misidek atau dikenali dengan nama Ahmad Kacang mengenai pembinaan banglo dua tingkat itu. "Keluarga saya kenal dan memang percaya dengan kemahiran Ahmad Kacang. Tambahan pula, dia pernah membaiki rumah ini sebelum ini," katanya. Pak Atan berkata, beliau tidak pernah mengharapkan balasan daripada Mawi dan sentiasa bersyukur dengan kejayaan anaknya itu sebagai penyanyi. “Saya bersyukur anak saya tetap berhajat ingin membina rumah baru dan menghantar ibu bapanya ke Makkah mengerjakan umrah,” katanya. Mengenai hubungannya dengan Mawi, Pak Atan mengakui mereka sukar bertemu kerana kesibukan anaknya itu, tetapi beliau faham dengan keadaan anak kelimanya itu sebagai penyanyi. "Baru-baru ini, saya sempat ke Genting Highlands ketika Mawi memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian. "Ibunya, Ramlah Sarlan, 65, pula sempat melihat Mawi membuat persembahan ketika Konsert AF3 Hotlink Tour di Plaza Kota Raya Johor Bahru, baru-baru ini," katanya. |
#81
|
||||
|
||||
Warga Singapura isi minyak di Johor
Laporan dari Berita Harian bertarikh Rabu 15hb Mac 2006 :-
Warga Singapura isi minyak di Johor JOHOR BAHRU: Ketika rakyat negara ini berdepan dengan tekanan kenaikan harga petrol dan diesel, masing-masing sebanyak 30 sen bagi setiap liter, masih ada pihak yang terus tersenyum kerana walaupun berlaku kenaikan, ia masih rendah berbanding di negara mereka. Pihak yang dimaksudkan itu adalah warga Singapura yang saban hari dilihat semakin rakus mengisi minyak kenderaan mereka pada harga RM1.92 seliter. Dianggarkan, lebih 2,000 kenderaan Singapura terutama kereta persendirian mengambil kesempatan untuk mengisi minyak sekali gus mendapat subsidi yang sepatutnya hanya dinikmati rakyat negara ini. Secara perbandingan, harga minyak RON97 di Malaysia ialah RM1.92 seliter berbanding RM4.15 di Singapura, manakala diesel RM1.581 seliter, berbanding RM2.39 di negara jiran itu. Ini menyebabkan stesen minyak di Johor sentiasa dipenuhi rakyat Singapura ibarat 'semut menghurung gula'. Sebenarnya, kerajaan perlu mengenakan satu sekatan sama ada dalam bentuk bayaran levi atau kompaun kepada warga Singapura yang terus galak mengisi minyak di Johor. Walaupun di Singapura ada dikenakan peraturan kepada rakyatnya supaya perlu mengisi minyak sekurang-kurangnya 3/4 tangki sebelum memasuki Johor, tetapi syarat itu tidak menampakkan sebarang hasil. Tinjauan Edisi Johor ke beberapa stesen minyak di bandar raya mendapati hampir semua stesen minyak dimonopoli kereta Singapura hingga menimbulkan persoalan adakah mereka memasuki negeri ini, dengan tangki berisi 3/4 minyak atau kurang daripada jumlah itu. Beberapa warga Singapura yang ditemui dan enggan dikenali mengaku syarat ditetapkan kerajaan republik itu sebelum kenderaan negara itu dibenarkan keluar sebenarnya tidak dilaksanakan sepenuhnya. Kata mereka, pemeriksaan dilaksanakan secara rambang malah ada pemilik kereta terutama kenderaan perdagangan yang bertindak lebih berani dengan mengubah meter tangki minyak. Bagi rakyat Johor pula, perbuatan warga Singapura itu sebenarnya seperti 'lintah menghisap darah' kerana merebut subsidi yang diberikan kerajaan Malaysia kepada rakyatnya. |
#82
|
||||
|
||||
Alasan popular khalwat
Laporan dari Harian Metro bertarikh Khamis 16hb Mac 2006 :-
Alasan popular khalwat JOHOR BAHRU: Pasangan yang ditangkap berkhalwat memberikan pelbagai alasan dalam usaha mengelak daripada ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ). Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JAJ, Yosree Ikhsan, berkata antara alasan yang kerap diberi ialah takut tinggal sendiri, tiada kenderaan hendak balik, tidak tidur sebilik, hanya duduk berbual dan menghantar balik. “Macam-macam alasan yang diberikan jika bukan mahram selepas jam 2 pagi tinggal dalam satu rumah sedangkan mereka sudah melakukan kesalahan khalwat kerana sudah menimbulkan syak melakukan perbuatan tidak bermoral,” katanya. Menurutnya, Bahagian Penguatkuasaan JAJ sentiasa memantau dan menjalankan operasi di sekitar negeri ini bagi memastikan kegiatan khalwat tidak berleluasa. Katanya, ibu bapa seharusnya memainkan peranan dan tidak bertindak lepas tangan jika anak membuat keputusan tinggal menyewa bilik bersama rakan-rakan. Beliau berkata, dalam operasi yang dijalankan di sekitar Pasir Gudang, Masai dan Taman Rinting, di sini, awal pagi semalam dua pasangan ditahan dalam sebuah rumah. “Mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 34 tahun itu tidak mempunyai sebarang ikatan mahram. “Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati keluarga masing-masing tinggal tidak jauh dari rumah sewa mereka iaitu di Taman Seri Alam, Taman Rinting dan Taman Megah Ria. “Oleh itu, ibu bapa harus ambil tahu mengenai anak masing-masing dan tidak melepaskan mereka tanpa pengawasan bagi mengelakkan terjebak dalam perbuatan khalwat,” katanya. Menurutnya, keempat mereka ditahan kira-kira jam 1.40 pagi, dua daripada mereka disyaki duduk di dalam bilik di bahagian bawah manakala satu pasangan lagi sedang makan di tingkat atas di ruang rehat. Mereka ditahan mengikut Seksyen 27, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM3,000 atau penjara dua tahun. |
#83
|
||||
|
||||
3 pasangan khalwat dicekup
Laporan dari Harian Metro bertarikh Sabtu 18hb Mac 2006 :-
3 pasangan khalwat dicekup MELAKA: Tiga pasangan kekasih ditahan di hotel murah dan dalam kenderaan melalui operasi cegah maksiat Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) selama empat jam di sekitar bandar ini, malam kelmarin. Serbuan pertama kira-kira jam 11.20 malam, seorang duda yang juga penganggur berusia 44 tahun serta wanita berusia 34 tahun ditahan di sebuah bilik hotel di Jalan Kampung Ulu, di sini. Serbuan kedua di hotel sama menahan pelajar kolej bersama teman lelakinya seorang peniaga masing-masing berusia 19 tahun. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata dalam serbuan pertama, pihaknya mendapati seorang lelaki yang berpakaian lengkap berehat bersama pasangannya dalam bilik hotel itu. “Pemeriksaan lanjut, kami menemui sebotol arak milik lelaki terbabit yang diletakkan berhampirannya,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam. Rahimin berkata, berdasarkan soal siasat, wanita itu bekerja sebagai tukang cuci didapati pernah ditahan Jaim sebelum ini kerana melahirkan anak luar nikah sebanyak dua kali. Menurutnya, selepas menahan pasangan berkenaan, pihaknya menjalankan satu lagi pemeriksaan di sebuah bilik di tingkat dua hotel sama. “Sebaik memasuki bilik, kami mendapati seorang lelaki tergesa-gesa memakai seluar panjang manakala wanita pula sedang memasang butang baju. “Selepas disoal siasat, pasangan berusia 19 tahun itu mengaku masih menuntut di sebuah kolej manakala pasangannya yang juga berusia 19 tahun adalah peniaga,” katanya. Rahimin berkata, sebelum dua serbuan itu, pihaknya menahan sepasang kekasih yang berada dalam keadaan mencurigakan dalam sebuah kereta yang diletakkan di Taman Malim Jaya, di sini, kira-kira jam 9 malam. Katanya, siasatan mendapati pasangan wanita adalah seorang ibu tunggal berusia 32 tahun dan mempunyai empat anak manakala pasangan lelaki berusia 37 tahun dan sudah beristeri. “Pasangan terbabit berada di dalam kereta Perodua Kancil yang diletakkan di tempat gelap antara dua lori di tempat letak kereta taman perumahan itu. “Ketika ditahan kereta berkenaan berkunci serta tingkapnya tertutup rapat dan kedua-dua mereka didapati berpakaian lengkap,” katanya. Beliau berkata, tiga pasangan itu akan didakwa mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka, 1991. |
#84
|
||||
|
||||
Anak wanita khalwat amuk
Laporan dari Harian Metro bertarikh Sabtu 18hb Mac 2006 :-
Anak wanita khalwat amuk LUMUT: Lima anggota penguat kuasa Pejabat Agama Islam Manjung (Paim) termasuk dua anggota polis nyaris dicederakan seorang lelaki bersenjatakan pisau pemotong daging ketika menjalankan operasi mencegah maksiat, semalam. Pegawai Tadbir Agama Daerah Manjung, Drs Azizan Ismail, berkata kejadian berlaku kira-kira 1.15 pagi ketika pasukan berkenaan melakukan pemeriksaan di sebuah kawasan perumahan di Sitiawan, dekat sini. Menurutnya, dalam kejadian berkenaan anggota penguat kuasa Paim menyerbu rumah terbabit selepas mendapat aduan berlaku kejadian khalwat daripada orang awam. Katanya, sebaik tiba, anggota penguat kuasa membunyikan loceng pintu beberapa kali namun tiada sebarang maklum balas daripada penghuni rumah berkenaan. “Penguat kuasa kemudian mengetuk pintu rumah itu tetapi masih gagal menarik perhatian penghuni, tetapi seorang perempuan menyelak langsir tingkap di tingkat atas dan bertanya urusan kami. “Sebaik memperkenalkan diri sebagai anggota penguat kuasa agama, perempuan itu menutup semula tingkap dan terus mendiamkan diri sehingga 30 minit,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam. Beliau berkata, selepas tidak mendapat kerjasama daripada tuan rumah, anggota penguat kuasa kemudian menghubungi Balai Polis Sitiawan, dekat sini untuk meminta bantuan. Menurutnya, beberapa minit kemudian dua anggota polis tiba di tempat kejadian dan membantu penguat kuasa mengetuk pintu hadapan rumah berkenaan sekali lagi. Katanya, bagaimanapun penghuni rumah berkenaan masih enggan bekerjasama dan terus mendiamkan diri. “Anggota penguat kuasa kemudian memberi amaran untuk memecah pintu selaras dengan kuasa yang diperuntukan mengikut Seksyen 13 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Perak 2004. “Selepas beberapa amaran tidak dihiraukan, anggota penguat kuasa kemudian memecah pintu rumah sebelum menyerbu masuk,” katanya. Azizan berkata, selepas pemeriksaan dijalankan, anggota penguat kuasa menemui seorang lelaki warga asing bukan Islam berusia 63 tahun dalam sebuah bilik. Menurutnya, lelaki itu dipercayai warga Switzerland hanya memakai seluar pendek berwarna hijau dan baju warna merah manakala pasangannya berusia 55 tahun pula ditemui dalam bilik utama dengan pakaian baju tidur. Katanya, selepas siasatan dijalankan, mereka bukan suami isteri yang sah dan tidak mempunyai sebarang hubungan keluarga. “Ketika soal siasat dijalankan kira-kira 1.45 pagi, datang seorang lelaki bertopi keledar naik ke tingkat atas rumah dengan membawa sebilah pisau pemotong daging di tangan kanannya. “Lelaki berkenaan dipercayai anak kepada wanita yang disiasat itu bertindak agresif dan mengacukan pisau kepada penguat kuasa. “Bagaimanapun, selepas dipujuk anggota polis, lelaki itu meletakan pisau di atas katil sebelum diambil dan dibawa ke balai polis tetapi terus mencaci penguat kuasa,” katanya. Beliau berkata, pasangan berkenaan sudah lama bersekedudukan tetapi tindakan tidak dapat diambil kerana kekurangan bukti dan siasatan sedang dijalankan. Katanya, kes berkenaan akan dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 54 (1 & 2) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perak 1992, jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. |
#85
|
||||
|
||||
Cukai domestik LCC RM6, antarabangsa RM35
Laporan dari Berita Harian bertarikh Sabtu 18hb Mac 2006 :-
Cukai domestik LCC RM6, antarabangsa RM35 [B]PUTRAJAYA[/B]: Kementerian Pengangkutan menetapkan kadar cukai lapangan terbang bagi Terminal Penerbangan Kos Rendah (LCC) , ialah RM6 bagi sektor domestik manakala RM35 bagi penerbangan antarabangsa. Menterinya, Datuk Seri Chan Kong Choy, berkata pengurangan kadar cukai bagi sektor antarabangsa daripada RM45 kepada RM35 dibuat selepas mengkaji kemudahan di LCC tidak sama seperti yang ditawarkan di terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. "Kemudahan disediakan di LCC sesuai dengan tarafnya, sebab itulah kerajaan setuju kurangkan cukai untuk penerbangan antarabangsa. "Penurunan cukai itu juga dibuat bagi menarik lebih banyak syarikat penerbangan tambang rendah lain mendarat di LCC," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, semalam. LCC yang dibina pada kos RM108 juta akan mula beroperasi Khamis ini. Setakat ini, tiga syarikat penerbangan tambang rendah iaitu AirAsia Bhd, Thai AirAsia dan PT Indonesia AirAsia akan menurun dan mengambil penumpang dari lapangan terbang itu. Chan berkata, beberapa syarikat penerbangan asing lain menunjukkan minat mendarat di LCC tetapi mahu menunggu sehingga terminal itu beroperasi, Khamis ini. Beliau berkata, semua persiapan bagi majlis perasmian LCC yang akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi giat dilakukan termasuk menyediakan beberapa kemudahan seperti kaunter pemeriksaan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan Jabatan Imigresen. "Khamis ini, LCC hanya akan mengendalikan ketibaan pesawat tetapi ia akan beroperasi sepenuhnya untuk menguruskan ketibaan dan pelepasan pesawat keesokannya. "Keputusan itu dibuat untuk memudahkan operasi AirAsia terutama sepanjang majlis perasmian Perdana Menteri pada jam 4 petang hari berkenaan," katanya. Chan berkata, penumpang dan orang ramai yang ingin ke LCC dari KLIA dan pusat bandar raya boleh menggunakan kemudahan teksi dan bas yang disediakan. "Orang ramai juga boleh menggunakan perkhidmatan Skybus dari KL Sentral seawal jam 3.30 pagi untuk ke LCC dengan bayaran RM9 sehala, selain menaiki bas yang disediakan dari terminal utama KLIA untuk ke LCC yang akan mengambil masa selama 20 minit pada bayaran RM1.50 sehala," katanya. Beliau berkata, kemudahan letak kereta pada kadar bayaran RM1 untuk dua jam pertama dan RM2 untuk setiap satu jam berikutnya juga disediakan. Dalam perkembangan lain, Chan berkata, kerajaan masih mengkaji permohonan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk menaikkan kadar cukai bagi lapangan terbang di seluruh negara termasuk KLIA. |
#86
|
||||
|
||||
TV9 mula siaran 22 April 2006
Laporan dari Berita Harian bertarikh Sabtu 18hb Mac 2006 :-
TV9 mula siaran 22 April 2006 KUALA LUMPUR: Rangkaian televisyen keempat milik Media Prima Bhd (Media Prima), TV9, akan memulakan siaran ke seluruh Semenanjung mulai 22 April ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Farid Ridzuan. Katanya, TV9 dengan cogan kata ‘Dekat Di Hati’, disasarkan untuk penonton Melayu di kawasan separuh bandar dan luar bandar dengan penekanan kepada nilai tradisional. “Pelancaran TV9 tepat pada masa masyarakat Melayu adalah pengguna terbesar negara dan pasaran paling utama pengiklan. TV9 berpotensi mencapai tujuh juta penonton,” katanya pada majlis pelancaran perdagangan TV9 di sini, semalam. Hadir sama Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima, Abdul Rahman Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Syed Faisal Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif TV9, Bukhari Che Muda. TV9 adalah nama baru bagi Channel 9 yang sebelum ini menjadi stesen televisyen swasta ketiga negara. Berikutan saingan sengit industri penyiaran televisyen tempatan, ia terpaksa menghentikan siarannya pada Februari 2005 bagi melaksanakan penyusunan semula. Media Prima membeli 98 peratus kepentingan bernilai RM40.61 juta dalam Channel 9 pada Jun tahun lalu, menjadikannya pemilik rangkaian televisyen terbesar di negara ini dengan mengendalikan empat rangkaian televisyen iaitu TV3, 8TV, NTV7 dan TV9. Farid berkata, TV9 berhasrat menarik penonton dengan pelbagai rancangan menarik. Antara rancangan yang dijangka menjadi hit ialah drama bersiri ‘Sembilu Kasih’ dan ‘CID3278’, rancangan talk show ‘Usik-Usik Chef Wan’ dan rancangan liburan mengenai destinasi percutian di Malaysia, ‘3 Hari 2 Malam’. Farid berkata, TV9 juga akan menempa sejarah dengan memperkenalkan buat julung kalinya di kaca televisyen tempatan tayangan filem setiap hari biasa pada jam 10 malam, daripada filem P. Ramlee hinggalah filem Melayu popular termasuk filem Asia dan Bollywood. TV9 juga akan berganding bahu dengan Nickleodeon untuk membawa rancangan terbaik kanak-kanak yang dialih suara ke bahasa Melayu, katanya. “Selain itu, TV9 akan memperkenalkan rancangan kanak-kanak termasuk rancangan hiburan tempatan. “Ia termasuk Latido, rancangan video muzik harian pada hari biasa dan Galaksi, rancangan berita hiburan mingguan yang akan ke udara pada waktu perdana,” katanya sambil menambah pada keseluruhannya, TV9 menawarkan sembilan rancangan sendiri yang akan ke udara mulai siaran sulung 1 April ini, sebelum ke udara sepenuhnya 22 April. Sementara itu dalam satu kenyataan semalam, Abdul Rahman berkata, TV9 akan mengukuhkan lagi landasan aset media semasa Media Prima, sekali gus membolehkan menyediakan pilihan kandungan lebih luas kepada pengguna. “Ia juga melengkapkan saluran media silang yang lebih menarik kepada pengiklan,” katanya. |
#87
|
||||
|
||||
Riau Airlines sasar 10,000 penumpang
Laporan dari Harian Metro bertarikh Selasa 21hb Mac 2006 :-
Riau Airlines sasar 10,000 penumpang JOHOR BAHRU: Syarikat penerbangan Riau Airlines mensasarkan antara 6,000 hingga 10,000 penumpang akan menggunakan pesawatnya bagi perjalanan Johor Bahru-Batam-Johor Bahru pada tahun ini. Pengurus Daerah Riau Airlines Malaysia, Shahrin Salleh, berkata syarikat penerbangan yang baru berusia empat tahun itu mempunyai dua pesawat dan akan menambah sebanyak empat lagi pesawat tahun ini. Katanya, dengan tempoh perjalanan 25 minit sehala dari JB ke Batam, Riau Airlines mensasarkan penumpangnya terdiri daripada golongan ahli perniagaan dan pelancong kelas pertengahan ke atas. "Sepanjang tempoh promosi bulan ini, kami menyediakan penerbangan JB-Batam-JB seminggu sekali iaitu setiap Ahad. "Bermula bulan depan, jumlah jadual penerbangannya akan ditingkatkan kepada kekerapan sebanyak tiga kali seminggu," katanya pada sidang media selepas penerbangan pertama Batam-JB di Lapangan Terbang Sultan Ismail (LTSI), Senai, di sini, semalam. Mengetuai delegasi 19 penumpang penerbangan itu ialah Pengurus Lapangan Terbang Hang Nadim, Batam, Razali Abu Bakar dan Pengurus Stesen Riau Airlines, Kholil Wahyudi bersama enam wakil media massa Batam. Shahrin berkata, tambang sehala bagi perjalanan itu ialah RM76 dan tempahan boleh dibuat menerusi online di www.riau-airlines.com, melalui khidmat pesanan ringkas atau daripada 45 ejen yang dilantik. Katanya, Riau Airlines menggunakan pesawat Fokker 50 dengan kapasiti penumpang 50 orang bagi setiap perjalanan dan melakukan penerbangan pertama di Malaysia menerusi Batam-Melaka pada Jun 2003. "Sambutan terhadap penerbangan ini amat menggalakkan terutama bagi penumpang yang berulang-alik atas urusan perniagaan atau mendapatkan rawatan di hospital," katanya, Sementara itu, Kholil berkata, pihaknya menjangkakan keuntungan kira-kira RM72,000 setahun bagi perjalanan JB-Batam-JB dan penerbangan itu dibuat bukan untuk bersaing dengan perkhidmatan feri dari Jeti Stulang-Batam atau dari Jeti Pasir Gudang-Batam. Menurutnya, golongan sasaran penumpang mereka berbeza daripada penumpang feri dan sesuai bagi yang mementingkan tempoh masa singkat kerana perjalanan menggunakan feri ialah satu jam setengah. "Riau Airlines turut menyediakan perkhidmatan penerbangan JB-Batam-Jambi dari LTSI bagi kemudahan penumpang," katanya. Selain JB-Batam, Riau Airlines menyediakan penerbangan dari Melaka-Pekan Baru, Kuala Lumpur-Pekan Baru dan Johor Bahru-Palembang selain tujuh penerbangan domestik di Kepulauan Riau. |
#88
|
||||
|
||||
Pasangan bercuti dicekup khalwat
Laporan dari Harian Metro bertarikh Jumaat 24hb Mac 2006 :-
Pasangan bercuti dicekup khalwat LANGKAWI: Kegembiraan sepasang kekasih yang meluangkan masa melalui pakej percutian ke pulau ini, bertukar muram apabila mereka ditahan penguat kuasa Pejabat Agama Islam Langkawi (Pail) dan Jabatan Imigresen di sini, pagi kelmarin. Wanita berusia 25 tahun itu berasal dari Pahang dan bekerja di sebuah syarikat penghantaran surat di Kuala Lumpur, manakala pasangannya bukan Islam berusia 27 tahun, dari Filipina. Pegawai Penyiasat Pail, Abdul Halim Adam, berkata pasangan itu dicekup tiga penguat kuasa Pail serta dua anggota polis di sebuah rumah tumpangan di Pantai Chenang, dekat sini, kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin. Katanya, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada orang ramai mengenai kegiatan maksiat di rumah tumpangan berkenaan. “Sebaik sampai di situ, didapati pintu bilik berkenaan berkunci dari dalam dan selepas diketuk beberapa kali, seorang wanita Islam membuka pintu bilik itu dengan berpakaian seluar pendek dan berbaju-T ketat. “Pemeriksaan kemudian mendapati seorang lelaki bukan Islam sedang berbaring di atas katil dengan berpakaian seluar pendek dan berbaju-T. Siasatan juga mendapati pasangan itu sedang berbaring di katil sebelum Pail tiba berdasarkan keadaan cadar yang berselerak,” katanya. Abdul Halim berkata, berdasarkan pemeriksaan lanjut, pihaknya turut menemui dua tin minuman keras yang dipercayai diminum pasangan terbabit. Katanya, wanita itu mendakwa datang ke pulau berkenaan untuk melancong bersama pasangannya melalui pakej berbulan madu selama empat hari dua malam, sejak Selasa lalu. |
#89
|
|||
|
|||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
pukima.how many people in the world using bahasa melayu??
biatah la kau. bahasa melayu many word also copy from English. ISLAM is not welcome here, respect your religion pls. Quote:
|
#90
|
||||
|
||||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
Bro moneymoney,
Why the sudden outrage??!! We do not see any problem in another brother posting FRs, news or whatever in the Malay language. Anyway, why bring in religion? No association with ISLAM or whatever religion is brought into the topic. The main topic here is the language ....NOT religion. So, please cool down. Make peace, bro. No offense intended to anyone.
__________________
SEMI-RETIRED!! from China Member of the REALM Tiko Lover of the Tiko Family |
Advert Space Available |
Bookmarks |
|
|