The Asian Commercial Sex Scene  

Go Back   The Asian Commercial Sex Scene > For stuff you can't discuss with your Facebook Account > The Malaysian Commercial Sex Scene

Notices

The Malaysian Commercial Sex Scene A section specifically for the great Sin Cities of Malaysia. Dedicated to our brothers across the Causeway. Malaysia Boleh!

User Tag List

Reply
 
Thread Tools
  #391  
Old 15-01-2007, 01:15 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Tapak projek di Putrajaya sarang maksiat

Report from Harian Metro dated Isnin 15 January 2007:-

Tapak projek di Putrajaya sarang maksiat

PUTRAJAYA : Tapak projek enam blok apartmen di Presint 8 di sini, yang terbengkalai sejak dua tahun lalu, dipercayai menjadi ‘sarang maksiat’ untuk golongan remaja melempias nafsu.

Ini kerana, ada penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran kerap kali melihat kereta dan motosikal dinaiki pasangan remaja melalui jalan kecil ke tapak projek itu selepas jam 10 malam terutama pada hujung minggu.

Pengerusi Persatuan Penduduk Presint 11, Carlos Basri, berkata kegiatan itu disedari penduduk sekurang-kurangnya sejak setahun lalu.

“Saya sendiri pernah melihat kereta dan motosikal yang dinaiki pasangan muda melalui jalan kecil ke tapak projek itu, boleh dikatakan hampir setiap malam.

“Kita tak pasti apa yang mereka buat, tapi perbuatan mereka boleh menimbulkan syak wasangka dan lazimnya bermotifkan maksiat,” katanya di sini, semalam.

Carlos yang menetap di sini sejak lima tahun lalu berkata, penduduk juga khuatir tapak projek itu menjadi lokasi penagihan dadah, selain tempat pembiakan nyamuk.

Katanya, situasi itu boleh menjejaskan imej Putrajaya sebagai bandar bestari dan bandar selamat.

“Penduduk berharap pemaju atau pihak berkuasa yang terbabit dapat memastikan tapak projek itu tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk dan lokasi gejala tidak sihat.

“Kalau pun projek itu tidak dapat diteruskan lagi, mereka harus pastikan tapak projek terbabit bersih daripada segala aspek negatif.

“Bandar selamat tidak semestinya dilihat daripada aspek jenayah tetapi juga penyakit dan kesihatan.

“Tapi alangkah baik kalau projek itu dapat disambung semula kerana lokasinya cukup menarik,” katanya.

Tinjauan Harian Metro semalam mendapati kawasan sekeliling tapak projek itu mula dipenuhi semak samun dan ada beberapa tempat air bertakung terutama pada musim hujan.

Kawasan itu dipagar dengan zink tapi masih boleh dimasuki. Malah terdapat kesan tapak projek itu diceroboh berdasarkan beberapa laluan baru bagi mereka yang berjalan kaki.

Siasatan juga mendapati sebuah pondok kecil ‘misteri’ yang didalamnya terdapat tikar dan bantal buruk.

Namun, kawasan itu cukup sesuai untuk melakukan maksiat kerana tersembunyi daripada umum, berhampiran Tasik Putrajaya.

Tapak projek itu berhampiran Jambatan Seri Wawasan yang terkenal sebagai lokasi remaja melepak selepas jam 11 malam.

--- KatoeyNewsNetwork
  #392  
Old 17-01-2007, 04:29 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Tidak sempat langgan pelacur

Report from Harian Metro dated Wednesday 17 January 2007:-

Tidak sempat langgan pelacur

KUALA LUMPUR : Hasrat beberapa lelaki ‘hidung belang’ berhibur dengan sekumpulan pelacur di sebuah hotel di Jalan Pudu di sini, tidak kesampaian apabila kegiatan di hotel terbabit berjaya dihidu sebelum diserbu pihak berkuasa, malam tadi.

Lelaki hidung belang terbabit yang kebanyakannya berumur lewat 30-an, sanggup membayar sehingga ratusan ringgit kepada pelacur di situ, asalkan nafsu mereka dipenuhi.

Bagaimanapun, tindakan mereka mendapatkan habuan seks daripada pelacur yang kebanyakannya terdiri warga asing tidak menjadi kenyataan, malah mereka turut ditahan untuk disoal siasat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ahmad Ibrahim, berkata dalam operasi empat jam bermula jam 10 malam itu, seramai 23 pelacur dan sembilan pelanggan ditahan.

“Dua daripada 23 pelacur yang ditahan itu rakyat Vietnam, manakala selebihnya warga China.

“Ketika diserbu sembilan pelanggan sedang memadu asmara di beberapa bilik hotel itu manakala enam pelanggan berada di lobi hotel berkenaan sedang berurusan untuk mendapatkan pelacur,” katanya selepas operasi itu berakhir.

Ahmad berkata, semua pelacur berumur awal 20-an itu dipercayai saki-baki pelacur asing yang ditahan polis di sekitar kawasan itu minggu lalu.

“Kami percaya mereka bergerak ke sini (hotel) sejurus kegiatan mereka diserbu pihak berkuasa.

“Ini berikutan operasi besar-besaran pihak berkuasa di sekitar kawasan itu menyebabkan mereka cuba mencari kawasan baru untuk melakukan operasi,” katanya.

--- KatoeyNewsNetwork
  #393  
Old 19-01-2007, 02:36 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Seks kedai kopi

Report from Harian Metro dated Friday 19 January 2007:-

Seks kedai kopi

KUALA LUMPUR : Aksi ghairah seorang wanita tempatan yang cuba menarik perhatian seorang pelanggan sebelum menawarkan perkhidmatan ‘seks kedai kopi’ mengundang padah apabila lelaki yang cuba digodanya seorang pegawai kanan polis.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, pelacur berusia 36 tahun dari Sungai Udang, Klang, tergamam apabila pelanggan terbabit menunjukkan kad kuasa polis.

Sumber polis berkata, dalam kejadian terbabit, pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi yang berusia 32 tahun bersama seorang anggotanya sengaja memasang perangkap selepas mendapat maklumat kedai kopi di Jalan Petaling itu sering menjadi tumpuan bagi kumpulan pelacur tempatan dan asing menawarkan perkhidmatan.

Pada mulanya, pegawai polis terbabit yang berpakaian biasa memasuki kedai terbabit sebelum memesan minuman dan duduk di situ seperti pelanggan lain.

“Tidak lama kemudian, seorang wanita berpakaian seksi muncul sebelum mendekati meja makan diduduki dua polis terbabit.

“Gadis tempatan itu kemudian berkata, ‘abang cari perempuan ke? Kalau abang nak, saya pun boleh. Hanya bayar RM50 termasuk duit sewa bilik’,” katanya.

Berikutan itu, pegawai polis terbabit segera menunjukkan kad kuasa polis sebelum menahan wanita itu.

“Wanita berkenaan yang gugup kemudian dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam kejadian berasingan Sabtu lalu, dua anggota polis IPD Dang Wangi turut memasang perangkap di kawasan sekitar Jalan Petaling untuk melumpuhkan kegiatan pelacuran.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, lebih lima anggota polis dari IPD Dang Wangi menjalankan operasi di situ berikutan laporan wujud kegiatan pelacuran membabitkan warga asing.

Seorang pelacur warga Indonesia menghampiri pegawai polis terbabit ketika melalui kaki lima kedai.

Wanita itu menawarkan perkhidmatan seks kepada pegawai polis berkenaan dengan meletakkan harga RM50 bagi satu sesi.

Pegawai polis berkenaan kemudian menunjukkan kad kuasa polis sebelum menahan wanita terbabit yang mulanya enggan mengaku terbabit dalam kegiatan pelacuran.

Siasatan bagaimanapun mendapati pelacur warga Indonesia terbabit tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah dan dia ditahan di IPD Dang Wangi.

Sementara itu, seorang lagi pelacur asing warga China diberkas di kawasan Jalan Pudu sewaktu beberapa anggota polis sedang melakukan tugas pemantauan.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, seorang pegawai polis berusia 36 tahun mendakwa dihampiri seorang gadis warga China yang berkeliaran mencari pelanggan.

Wanita itu melambai-lambai tangan kepada polis sebelum pegawai polis berkenaan datang ke arahnya,

Wanita itu kemudian menawarkan perkhidmatan dengan bayaran RM50 di hotel berhampiran.

Bagaimanapun wanita yang berasal dari Hubei, China itu terkejut apabila pelanggan yang cuba dipikat itu adalah pegawai polis.

--- KatoeyNewsNetwork
  #394  
Old 19-01-2007, 02:44 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Pelacur kerja ikut syif di rumah urut

Report from Harian Metro dated Friday 19 January 2007:-

Pelacur kerja ikut syif di rumah urut

SUBANG JAYA : Sindiket pelacuran di sekitar daerah ini dikesan berselindung di sebalik rumah urut selain dipecahkan beberapa kumpulan kecil bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.

Malah, beberapa serbuan dibuat pihak berkuasa sejak awal bulan ini mendapati, setiap kumpulan mengandungi kurang daripada 20 pekerja dan mereka bekerja mengikut syif.

Selain itu sindiket terbabit menggunakan premis yang terletak dalam hotel selain menggunakan khidmat tonto untuk mengawal kegiatan haram mereka.

Ini terbukti dalam serbuan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), polis, imigresen dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) malam tadi yang mendapati kebanyakan premis rumah urut dikawal ketat oleh tonto yang bertindak sebagai ‘mata dan telinga’ kepada ahli sindiket itu.

Bagaimanapun operasi selama tiga jam bermula jam 9 malam di tiga lokasi di sebuah hotel di Jalan Sungai Besi, USJ dan Bandar Puteri Puchong, membongkar kegiatan haram berkenaan walaupun dikawal ketat oleh tonto.

Pengarah Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan MPSJ, Mohd Zulkarnain Che Ali, berkata pihaknya percaya selain menjalankan khidmat mengurut, mereka menawarkan perkhidmatan sampingan.

“Ini kerana melalui pemeriksaan yang dibuat terhadap premis urut itu, kami turut menjumpai beberapa kondom dipercayai digunakan pelacur terbabit.

“Semua rumah urut itu juga kami sudah ambil tindakan dengan menyaman mereka selain tidak lagi memperbaharui lesen berikutan pembabitan mereka dengan unsur maksiat,” katanya di sini, semalam.

Dalam operasi membabitkan tiga rumah urut itu, seramai 65 wanita diperiksa berikutan pembabitan mereka dalam kegiatan maksiat.

Semua wanita terbabit yang berumur 20 hingga 30 tahun dirujuk kepada Jais untuk diberi kaunseling.

Mohd Zulkarnain berkata, MPSJ kini tidak mengeluarkan lesen malah tidak lagi menyambung lesen premis rumah urut berikutan kebanyakan daripada mereka terbabit dengan gejala tidak bermoral.

--- KatoeyNewsNetwork
  #395  
Old 22-01-2007, 04:28 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Kumpulan pelacur ‘kelas atasan’ dicekup

Report from Harian Metro dated Monday 22 January 2007:-

Kumpulan pelacur ‘kelas atasan’ dicekup

KUALA LUMPUR : Terkejut dengan kehadiran anggota polis, beberapa pelacur warga asing bertempiaran melarikan diri dalam keadaan separuh bogel dengan tubuh mereka hanya ditutupi tuala kecil sebelum bersembunyi di tangga pangsapuri didiami.

Dalam operasi jam 4 pagi itu, sekumpulan pelacur yang disimpan ‘bapa ayam’ di unit kediaman di tingkat 17 pangsapuri di Jalan Horley di sini, dikesan cuba melarikan diri dengan menaiki tangga ke tingkat 18.

Bagaimanapun, cubaan gadis terbabit berjaya dikesan sepasukan anggota polis yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Kuala Lumpur, Superintendan Mohd Zaki Masroh, sejurus terdengar suara perempuan dan bunyi tapak kaki berlari menaiki tangga.

Difahamkan kumpulan pelacur terbabit cuba melarikan diri selepas kehadiran polis di pintu masuk utama pangsapuri disedari tonto yang berkawal sepanjang masa di bahagian bawah kediaman terbabit.

Sumber polis berkata, sepasukan anggota polis kemudian ke tingkat 17 pangsapuri terbabit menggunakan lif.

Sebaik keluar daripada pintu lif, anggota polis terdengar suara wanita bercakap selain bunyi tapak kaki berlari menaiki tangga berhampiran.

“Berikutan itu anggota polis segera menjalankan siasatan sebelum melihat sekumpulan gadis berlari di tingkat 18. Anggota polis mengejar semua gadis berkenaan sebelum menahan lima gadis terbabit.

“Siasatan mendapati gadis yang ditahan itu berusia berusia 20 hingga 29 tahun,’ katanya.

Menurutnya, susulan tangkapan itu, polis kemudian menjalankan pemeriksaan di sebuah premis kosong di tingkat 17 sebelum menemui lima gadis sedang bersembunyi di dalamnya.

“Siasatan mendapati semua gadis terbabit pelacur ‘kelas atasan’ dengan dihantar bapa ayam ke lokasi tertentu berdasarkan tempahan pelanggan.

“Siasatan mendapati enam daripada gadis China yang ditahan itu menyalahgunakan pas lawatan sosial sebagai pelancong untuk menjadi pelacur di negara ini,” katanya.

Menurutnya, tiga lagi pelacur warga Indonesia dan seorang gadis Thailand didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah memasuki negara ini.

“Polis percaya sindiket pelacuran tempatan yang menguruskan pelacur muda ini mengenakan kadar bayaran tinggi kepada pelanggan berikutan usia kebanyakan pelacur semuda 20 tahun.

“Biasanya kadar ditetapkan melebihi RM200 dan pelacur terbabit akan dihantar menemui pelanggan di bilik hotel,” katanya.

Siasatan turut mendapati sindiket pelacuran terbabit turut mengubah suai bilik pangsapuri terbabit menjadi ala bilik hotel bagi membolehkan pelanggan memuaskan nafsu.

Menurutnya, semua pelacur yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 11(7) Peraturan Imigresen 1969 kerana menyalahgunakan pas lawatan dengan bekerja sebagai pelacur selain Seksyen 6(1)(C) kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah.

Difahamkan pangsapuri sama pernah diserbu polis tujuh hari lalu dan polis berjaya menahan 10 gadis warga asing.

Bagaimanapun dalang sindiket terbabit jelas tidak pernah serik apabila terus menjadikan lokasi sama sebagai sarang maksiat kerana menyangka ia tidak akan dikunjungi polis lagi.

Dalam serbuan terdahulu, sebanyak lapan bilik apartmen berkenaan digeledah sebelum polis menemui beberapa bilik dilengkapi set bilik tidur, almari, peti sejuk dan bilik air yang disediakan sindiket terbabit dengan menawarkan gadis tukang urut asing dari pelbagai negara.

--- KatoeyNewsNetwork
  #396  
Old 22-01-2007, 04:34 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Kedai kopi sarang pelacur

Report from Harian Metro dated Monday 22 January 2007:-

Kedai kopi sarang pelacur

JOHOR BAHRU : Sebuah sindiket pelacuran dikesan menjadikan perniagaan kedai kopi di bangunan tambahan di sebuah kilang di Taman Mount Austin di sini, sebagai topeng, sebelum menawarkan pekerja wanita mereka memberikan perkhidmatan seks.

Sebaik jam melepasi 12 tengah malam, pelanggan `kedai kopi’ itu boleh membawa pulang lapan pekerja wanita warga Indonesia dengan bayaran RM200.

Namun, helah itu dikesan pihak berkuasa yang membuat serbuan, semalam, selain menahan semua warga Indonesia terbabit dan dua ‘bapa ayam’ yang beroperasi sebagai orang tengah kepada pelanggan.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shafie Ismail, berkata dua lelaki dipercayai `bapa ayam’ berusia dalam lingkungan 40-an dan 50-an ditahan dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah malam itu.

Menurutnya, selain itu pihaknya menahan dua lelaki berusia antara 20 dan 30 tahun yang bertugas sebagai penjaga keselamatan di restoran yang menyediakan minuman keras itu.

“Pemeriksaan polis di tempat kejadian menemui pelbagai majalah, cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) lucah yang ditempatkan di sebuah stor di kedai kopi itu.

“Siasatan mendapati, bangunan kedai kopi itu bangunan tambahan di sebuah kilang yang membekalkan makanan kepada pekerja kilang pada waktu siang.

“Bagaimanapun, selepas jam 12 tengah malam mereka menawarkan khidmat seks dengan mengenakan bayaran RM200 bagi setiap seorang pekerja wanita Indonesia,” katanya.

Menurutnya, pelanggan boleh membawa wanita itu ke destinasi yang diingini selepas membuat bayaran.

Katanya, kedua-dua lelaki terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 372(B) Kanun Keseksaan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan persundalan.

Wanita warga asing itu pula, yang didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini akan didakwa mengikut Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1963.

Sementara itu, dalam satu serbuan berasingan di sebuah pusat karaoke haram, 12 orang membabitkan empat wanita dan lapan lelaki ditahan, di sebuah premis di Susur 4, Jalan Tun Abdul Razak.

“Siasatan mendapati premis itu menjalankan perniagaan karaoke secara haram dan akan didakwa mengikut Enakmen Hiburan Negeri Johor.

“Seorang daripada 12 yang ditahan itu ialah DJ yang juga kakitangan premis itu, manakala 11 lagi ialah pelanggan dan mereka semua ditahan bagi mengambil keterangan,” katanya.

--- KatoeyNewsNetwork
  #397  
Old 23-01-2007, 12:50 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Siang kerani, malam GRO

Report from Harian Metro dated Tuesday 23 January 2007:-

Siang kerani, malam GRO

KUALA LUMPUR : Ada kakitangan kerajaan terutama wanita bujang berjawatan rendah, sanggup menggadai maruah dengan bekerja sambilan sebagai pelayan pelanggan (GRO) di pusat hiburan di ibu kota, semata-mata ingin mengecapi kehidupan mewah.

Wanita muda terbabit, kebanyakannya dari luar Lembah Klang, hanya bergaji bulanan tidak sampai RM1,000 dan ia tidak mencukupi menampung kehidupan termasuk membayar sewa rumah, ansuran kereta, alat solek, pakaian berjenama selain kos sara hidup lain.

Lebih mengejutkan, ada antara mereka berlagak sopan termasuk memakai tudung di pejabat, tetapi menukar imej dengan berpakaian ranggi dan seksi sebaik memulakan tugas sebagai GRO pada sebelah malam.

Seorang pegawai kerajaan memberitahu Harian Metro, dia pernah menemui gadis GRO di sebuah pusat hiburan di ibu kota yang bekerja sebagai kakitangan awam berjawatan rendah di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

“Gadis itu mendakwa dia bekerja sebagai kerani di sebuah pejabat kerajaan waktu siang dan menjadi GRO pada malam kerana memperoleh pendapatan sampingan lumayan.

“Saya terkejut apabila gadis itu memberitahu dia bertudung ketika di pejabat. Untuk mengetahui sejauh mana kebenarannya, saya mengekorinya dan mendapati dia menggunakan kereta dengan nombor plat Putrajaya.

“Gadis itu beritahu saya, dia terpaksa berbuat demikian kerana pendapatan bulanannya tak cukup menampung kehidupan di ibu kota,” katanya, semalam.

Sebelum ini, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, mendedahkan ada kakitangan kerajaan berjawatan rendah terpaksa memandu teksi, berniaga di pasar malam dan kerja di stesen minyak, akibat desakan hidup dan kos sara hidup yang makin meningkat.

Beliau dipetik berkata, dengan gaji pokok serendah RM480 sebulan bagi pekerja am rendah, ia tidak cukup menanggung keluarga.

“Jadi, kumpulan sokongan ini terpaksa membuat kerja sambilan seperti menjadi pengawal keselamatan, memandu teksi dan berniaga di pasar malam.

“Mana mungkin selamanya mereka mahu makan ikan gred rendah yang dijual tiga longgok RM10. Kadangkala isi perutnya (ikan) pun sudah terkeluar. Begitu juga dengan sayur, mereka juga ingin memberikan anak mereka makan sayur segar, bukan sayur layu yang murah.

“Mereka juga teringin keluarga makan makanan berkhasiat. Namun, jika gaji tak cukup, bagaimana hasrat itu mahu dipenuhi,” katanya.

Sejak tahun lalu, Cuepacs meminta kerajaan meneliti permohonan menaikkan antara 10 hingga 40 peratus gaji kakitangan awam, terutama kumpulan sokongan berikutan kos sara hidup semakin meningkat.

Ini berikutan pelarasan gaji 1.2 juta kakitangan awam belum dibuat sejak lebih sedekad lalu meskipun pelbagai insentif dan kenaikan elaun diberi dari semasa ke semasa.

Semakan Harian Metro di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mendapati, seorang pembantu tadbir (perkeranian/operasi) dengan gred lantikan N17 berpendapatan kurang RM1,000 sebulan.

Kakitangan seperti itu dibayar gaji RM656.30, Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM80 dan Imbuhan Tetap Perumahan (RM180) sekali gus menjadikan pendapatan mereka RM916.30 sebulan.

Mengikut skim perumahan kerajaan, setiap kakitangan dan pegawai layak menduduki kuarters kerajaan, bergantung kepada jawatan.

Bagaimanapun, masalah yang berlaku jumlah unit perumahan tidak mencukupi menampung kakitangan kerajaan. Justeru, ada yang terpaksa menyewa rumah dan ini sedikit sebanyak meningkatkan kos sara hidup.

Sebagai contoh, sewa satu unit apartmen antara RM600 hingga RM1,000 sebulan, bergantung kepada saiz.

--- KatoeyNewsNetwork
  #398  
Old 23-01-2007, 01:01 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
9 tukang urut ditahan

Report from Harian Metro dated Tuesday 23 January 2007:-

9 tukang urut ditahan

NIBONG TEBAL : Rahsia sebuah rumah kedai tanpa papan tanda di pekan ini menjadi tumpuan terbongkar apabila sembilan wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai tukang urut ditahan dalam serbuan, kelmarin.

Operasi kira-kira jam 6.20 petang itu dilakukan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Selatan (SPS) diketuai Cif Inspektor S Mogan selepas menerima maklumat awam.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Zainal Abd Aziz, berkata dalam serbuan itu, pihaknya menahan 9 wanita warga Thailand kerana disyaki bekerja sebagai tukang urut di rumah kedai itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati semua wanita berusia antara 20-an hingga 30-an itu mempunyai pasport tetapi disyaki menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk melakukan kegiatan tidak bermoral.

Katanya, seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun dipercayai penjaga kedai terbabit bersama lima pelanggan berusia 40-an turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Sebelum serbuan dilakukan, polis yang menerima maklumat melakukan intipan ke rumah kedai terbabit kerana dipercayai tidak mempunyai lesen untuk mengenal pasti kegiatan mereka.

“Dalam serbuan itu sembilan wanita warga Thailand bersama lima pelanggan yang berurusan di situ ditahan untuk membantu siasatan lanjut,” katanya.

Zainal berkata, polis akan meminta Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) mengeluarkan kompaun terhadap rumah urut kerana disyaki beroperasi tanpa lesen.

Menurutnya, sembilan warga asing terbabit yang kini direman 14 hari mulai semalam akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/1963 kerana disyaki menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Katanya, lelaki yang bekerja sebagai penjaga kedai terbabit juga direman lima hari mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah untuk membantu siasatan.

“Kita masih menjalankan siasatan untuk mengesan dalang di sebalik kegiatan rumah urut berkenaan,” katanya.

--- KatoeyNewsNetwork
  #399  
Old 23-01-2007, 01:06 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Dirogol ayah tiri

Report from Harian Metro dated Tuesday 23 January 2007:-

Dirogol ayah tiri

KOTA BHARU : Keengganan seorang kanak-kanak perempuan berumur 8 tahun untuk pulang ke rumah membongkar kegiatan bapa tirinya yang dipercayai merogolnya beberapa kali dalam kejadian di Pengkalan Kubor, Tumpat, dekat sini.

Lebih malang, perbuatan bapa tirinya itu didakwa mangsa turut dibantu ibu kandungnya sendiri.

Tindakan itu menyebabkan kanak-kanak itu tidak mempunyai tempat untuk mengadu sebelum terpaksa melarikan diri ke rumah moyangnya berhampiran.

Difahamkan, perbuatan tidak berperikemanusiaan itu berlaku sejak September tahun lalu dan berlarutan hingga ke minggu lalu ketika mangsa yang sudah tidak bersekolah berada di rumahnya.

Harian Metro difahamkan juga bahawa ibu ‘durjana’ itu dikatakan beberapa kali sanggup membantu suaminya yang juga seorang nelayan membuka seluar anaknya sebelum dirogol.

Berikutan perbuatan itu, mangsa dikatakan lari ke rumah moyangnya sebelum mengadu dirogol bapa tirinya.

Mengetahui kejadian itu, moyang mangsa yang juga seorang warga Thailand membuat laporan polis.

Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, dekat sini, untuk pemeriksaan lanjut.

Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan yang menjalankan siasatan terhadap dakwaan itu kemudian menahan bapa tiri berusia 69 tahun dan ibu mangsa berusia 32 tahun di rumah mereka, petang kelmarin.

Semalam, pasangan berkenaan direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret, di sini, mulai semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nazri Ismail mengikut Seksyen 117, Kanun Acara Jenayah selepas meluluskan permohonan pegawai penyiasat, Cif Inspektor Rathna Lingaiah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah II, Deputi Superintendan Suhaimi Chik Noordin, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

Menurutnya, pihaknya menjalankan siasatan mengenai dakwaan itu mengikut Seskyen 376B, Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.

Katanya, jika sabit kesalahan hukuman penjara tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan sebatan.

--- KatoeyNewsNetwork
  #400  
Old 27-01-2007, 06:43 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
13 pelacur kena cekup

Report from Harian Metro dated Saturday 27 January 2007:-

13 pelacur kena cekup

KUALA LUMPUR : Golongan gian melakukan seks yang memilih malam Jumaat untuk mengunjung rumah pelacuran tersentak apabila premis maksiat itu diserbu pihak berkuasa di Jalan Thambypillay Brickfields di sini, tengah malam kelmarin.

Hasil pemantau pihak berkuasa, pusat pelacuran terbabit dikunjungi ramai pelanggan pada setiap malam Jumaat berbanding malam lain termasuk malam minggu.

Rumah pelacuran itu sudah puluhan kali diserbu polis sebelum ini, namun masih terus menyediakan kegiatan tidak bermoral.

Bertindak berdasarkan aduan, sepasukan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Kuala Lumpur menyerbu pusat pelacuran terbabit jam 12.30 tengah malam dan menahan 28 pelacur dan pelanggan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ahmad Ibrahim, berkata daripada jumlah tangkapan itu, 13 pelacur manakala 15 lagi dipercayai pelanggan berikutan ketika serbuan mereka hanya dalam pusat pelacuran itu.

“Pelanggan yang ditahan itu tidak ada dalam bilik bersama pelanggan tetapi mereka diberkas bagi mengambil keterangan,” katanya.

Menurutnya, empat pusat yang dijadikan sarang pelacuran itu adalah bangunan kosong yang ditinggal pemiliknya sebelum diambil alih seseorang untuk dijadikan rumah pelacuran.

Katanya, polis turut menemui satu kotak mengandungi ribuan kondom yang belum digunakan.

“Semua yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontingen Kuala Lumpur untuk diambil keterangan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi talian Rakan Cop 03-21159999.

--- KatoeyNewsNetwork
  #401  
Old 05-02-2007, 08:02 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Warga asing berpesta arak

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 5hb Februari 2007 :-

Warga asing berpesta arak

JOHOR BAHRU : Perkampungan Ungku Mohsin, Tampoi di sini, yang dinamakan sempena seorang +++oh berjasa, kini lebih sesuai bergelar ‘Kampung Antarabangsa ’ kerana dicemari lebih 50 asrama menempatkan ribuan warga asing sejak kebelakangan ini.

Warga Indonesia, Bangladesh, Pakistan, India, Nepal dan Vietnam yang menghuni asrama di situ sering berpesta arak serta terjebak dengan gejala sosial.

Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Zon Larkin, Adam Sumiru, berkata kewujudan asrama itu yang dihuni kira-kira 3,000 warga asing semakin dibimbangi kerana menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk tempatan.

Beliau berkata, sejak sebahagian kediaman di situ disewa dan digunakan sebagai asrama pekerja, perkampungan itu dibanjiri ribuan pekerja asing.

Menurutnya, kehadiran mereka dipandang serong kerana sering terbabit dalam masalah sosial termasuk pergaduhan.

Katanya, kumpulan warga asing terbabit juga didakwa sering mengganggu keselesaan penuntut asrama Puteri Ungku Mohsin Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) kerana bebas menjalankan aktiviti sosial termasuk berpesta arak tanpa menghiraukan penduduk lain.

“Sebahagian warga asing itu bekerja sebagai buruh manakala sebahagian lagi di kilang.

“Apa yang penduduk bimbang ialah bilangan pekerja asing semakin bertambah berikutan semakin ramai pemilik rumah sanggup menyewakan rumah masing-masing selepas berpindah ke lokasi lain.

“Kumpulan warga asing itu sering mabuk dan bergaduh sesama sendiri sehingga mengancam keselamatan penduduk,” katanya.

Adam berkata, antara kediaman di perkampungan itu yang digunakan sebagai asrama pekerja ialah di Jalan Ahad, Jalan Ithnin, Jalan Selasa dan Jalan Khamis.

Menurutnya, persetujuan pemilik rumah membenarkan kediaman masing-masing digunakan sebagai asrama pekerja boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana ia bercanggah mengikut Kanun Guna Tanah.

“Apabila disiasat, kumpulan warga asing berkenaan menafikan penempatan itu dijadikan sebagai asrama pekerja, sebaliknya mendakwa ia hanya beroperasi sebagai rumah tumpangan.

“Asrama mahupun rumah tumpangan, ia tetap salah tanpa mendapat kebenaran MBJB dan kami memandang serius perkara berkenaan,” katanya.

--- KatoeyNewsNetwork
  #402  
Old 06-02-2007, 08:04 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Romeo Afrika lagak hartawan

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Selesa 6hb Februari 2007 :-

Romeo Afrika lagak hartawan

KUALA LUMPUR: Dengan menyamar hartawan Perancis, sekumpulan ‘romeo’ atau ‘pisau cukur’ dari Afrika Utara menggunakan umpan kasih sayang serta ‘ayat’ romantis sebagai taktik memikat wanita tempatan sebelum mengugut menyiarkan gambar bogel mereka di internet jika gagal memberikan mereka wang berterusan.

Taktik pemerasan wang atas nama cinta itu menyebabkan segelintir gadis tempatan hidup terhimpit apabila dipaksa menyerahkan wang tidak kurang RM500 setiap bulan kepada ‘jantan keparat’ terbabit.

Difahamkan, kumpulan terbabit yang fasih berbahasa Perancis turut menggunakan pelbagai taktik serta alasan lain, termasuk menunggu kelulusan daripada kementerian tertentu untuk membuka restoran Perancis di ibu negara bagi meraih kepercayaan mangsa sebelum mula menunjukkan belang sebenar mereka.

Suspek yang dipercayai berasal dari Afrika Utara, terutama Maghribi dan Algeria, dikesan mengeksploitasi pas kerja tiga bulan mereka untuk mengikis wang serta harta mangsa yang kebanyakannya wanita sudah berumur yang dahagakan perhatian dan kasih sayang.

Lelaki terbabit memujuk mangsa melakukan hubungan seks dan tanpa disedari merakam gambar mereka dalam keadaan bogel untuk dijadikan senjata ugutan bagi mendapatkan wang.

Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 40-an, berkata dia mula mengenali seorang jejaka Afrika yang pada mulanya disangka warga Perancis awal 2005 di sebuah disko ibu kota.

Nor yang pada masa itu di ambang perceraian dengan suami, mengakui tekanan akibat keretakan rumah tangga serta kesunyian membawanya lebih rapat dengan pemuda asing berusia 20-an itu.

“Pada mulanya dia amat baik dan sentiasa memahami emosi saya yang tidak menentu ketika itu. Malah, dia sangat setia mendengar apabila saya berhadapan masalah.

“Selepas hampir setahun bersama, dia mengajak saya berkahwin dan berjanji menyara hidup saya dan anak apabila mendapat kelulusan membuka restorannya di Kuala Lumpur,” katanya.

Menurutnya, walaupun tidak berkahwin, mereka mengambil keputusan tinggal sebumbung atas dasar saling mencintai.

“Namun, sikap romantisnya tiba-tiba bertukar panas baran, terutama apabila gagal mendapatkan duit daripada saya. Malah teman lelaki saya itu sering mencuri wang dari dompet ketika saya sedang lena.

“Hari berganti hari, janjinya entah ke mana. Saya hampir putus asa untuk meneruskan kehidupan apabila mengetahui dia curang terhadap saya dan hanya bersama saya untuk mendapat wang,” katanya.

Menurutnya, keadaan semakin teruk apabila lelaki terbabit mula memukul dan mengugut akan menyebarkan gambar bogelnya yang diambil ketika tidur di internet.

“Selain itu, dia mengugut menculik anak saya yang masih bersekolah,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, dia buntu dan jiwanya terseksa sehingga anak terabai, namun masih dihubungi lelaki Afrika terbabit yang mengugutnya sehingga kini untuk mendapatkan wang.

“Saya sungguh tak sangka perhubungan kami boleh jadi sebegini. Dia berbuat apa saja untuk mendapatkan wang daripada saya. Apabila saya minta dilepaskan, dia meminta RM50,000 dan sebuah Proton Waja jika tidak mahu terus diganggu dan diugut,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Nor berkata, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu, sumber polis IPK Kuala Lumpur yang dihubungi menasihati gadis tempatan supaya berhati-hati jika ingin menjalin cinta dengan lelaki warga asing.

Menurutnya, kes membabitkan peras ugut menggunakan gambar bogel terhadap gadis tempatan semakin kerap dilaporkan kebelakangan ini.

“Kebiasaannya suspek akan menunjukkan sikap ambil berat serta kasih sayang sebelum bertindak kasar terhadap ‘kekasih’ mereka jika kemahuan tidak dituruti.

“Selain sikap panas baran, mereka menggunakan kekasaran fizikal yang melampau terhadap mangsa dan sanggup melakukan apa saja untuk memperoleh wang serta seks percuma,” katanya.

Difahamkan, kumpulan terbabit yang rata-ratanya bergerak secara individu menjadikan pusat tumpuan seperti kompleks beli-belah mewah dan disko yang dikunjungi golongan berada sebagai medan mendapatkan mangsa.

“Saya nasihatkan wanita tempatan yang menjadi mangsa segera tampil membuat aduan polis supaya masalah ini dapat diatasi,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork
  #403  
Old 10-02-2007, 04:30 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Modal cerita lucah

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 10hb Februari 2007 :-

Modal cerita lucah

KUALA LUMPUR: Dengan hanya bermodalkan 50 sen, seseorang pelajar boleh ‘mentelaah’ senaskhah majalah mini mengandungi pelbagai cerita berunsur lucah di kedai buku kaki lima sehingga habis dan berpeluang memilikinya dengan hanya membayar RM3.50 hingga RM8.

Pelbagai majalah lucah mini yang digelar ‘komik’ kini dijual secara terbuka di kedai kaki lima dengan memaparkan gambar wanita seksi dalam posisi mengghairahkan pada kulitnya bagi menarik perhatian golongan remaja, termasuk pelajar.

Penerbitan majalah bersaiz poket itu dipercayai antara taktik kotor syarikat penerbit buku tidak bertanggungjawab bagi mengaut keuntungan tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat dan kesan jangka panjang terhadap golongan muda.

Sekilas pandang, majalah itu kelihatan seakan-akan majalah motivasi yang kononnya mampu memberi pengajaran dan teladan berguna, selain didakwa mengandungi pedoman hidup kepada pembaca supaya tidak terdedah kepada masalah sosial mahupun kehidupan seks bebas.

Malah, penerbit sengaja menetapkan harga yang mampu dibeli golongan remaja, iaitu tidak sampai RM10 senaskhah bagi melariskan jualannya, manakala pekedai pula seolah-olah bersubahat apabila membenarkan pelajar membaca majalah berkenaan dengan hanya membayar 50 sen.

Dengan kewujudan bahan bacaan sebegini, ia bukan saja memberi dorongan negatif secara langsung terhadap golongan muda yang dipengaruhi sikap ingin tahu yang tinggi, malah mencetuskan pengaruh tidak sihat terhadap minat membaca.

Ia sepatutnya disekat bagi mengurangkan punca masalah sosial yang kini di tahap membimbangkan selain mencemarkan industri penerbitan bahan cetak.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Hasnah berkata, majalah berkenaan adalah antara buku yang paling laris di kedainya berbanding majalah berbentuk ilmiah.

“Kebanyakan yang datang membeli majalah ini golongan remaja termasuk pelajar. Ada juga antara mereka yang datang membaca di kedai beramai-ramai.

“Bagaimanapun, untuk bacaan di kedai, mereka perlu bayar 50 sen bagi setiap judul yang dipilih,” katanya.

Menurut Hasnah, dia turut mengklasifikasikan majalah berkenaan sebagai komik kerana bersaiz sama.

“Saiz majalah ini sama dengan komik, jadi ia memudahkan penyusunan bahan bacaan di kedai selain mudah dikenal pasti pengunjung,” katanya.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow, ketika dihubungi berkata, penerbitan dan penjualan bahan bacaan sedemikian dilarang sama sekali kerana menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Sekiranya mereka (penerbit buku) didapati bersalah, pihak kementerian akan mengeluarkan amaran dan merampas bahan bacaan terbabit sebelum permit mereka digantung atau dibatalkan terus.

“Setakat ini kita mengenakan syarat kepada syarikat penerbitan supaya menyerahkan naskhah contoh bahan bacaan terbitan mereka untuk disemak. Jadi tidak wujud kebocoran pada sistem pemantauan, malah ia dijalankan secara tersusun.

“Majalah atau bahan terbitan dari luar negara pula akan melalui semakan terperinci di pintu masuk negara ini,” katanya.

Menurut Fu, lebih sejuta tajuk terbitan dari luar negara melalui semakan kementeriannya dan hanya sebahagian kecil disekat selepas dikesan mengandungi gambar dan artikel berunsur lucah.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan wujud kegiatan menyalahgunakan nombor siri penerbitan dan permit penerbitan yang dikeluarkan kementerian itu.

“Mungkin ada syarikat penerbitan yang mengambil kesempatan menerbitkan buku atau majalah berlainan tapi menggunakan nombor siri sama bagi mengelakkan kegiatan mereka diketahui pihak berkuasa.

“Dalam kes sebegini, kita akan menjalankan siasatan bagi mendapatkan bukti sahih sebelum sebarang tindakan dan amaran dikeluarkan,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork
  #404  
Old 12-02-2007, 02:54 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Guna almari tutup pintu bilik rahsia simpan DVD

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 12hb Februari 2007 :-

Guna almari tutup pintu bilik rahsia simpan DVD

JOHOR BAHRU: Taktik sekumpulan pengedar cakera padat digital (DVD) cetak rompak menggunakan almari untuk menutup pintu bilik rahsia yang menyimpan bahan itu, terbongkar apabila penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor menyerbu dua premis di sebuah pusat beli-belah di sini, petang semalam.

Bertindak atas maklumat orang ramai, serbuan dilakukan ke atas kedua-dua premis yang dijadikan stor menyimpan serta pengedaran DVD itu dan lebih 25,000 keping DVD pelbagai judul filem, dirampas.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Johor, Fahmi Kassim, berkata bilik rahsia di belakang sebuah almari di satu daripada stor berkenaan digunakan untuk menyorok ribuan DVD cetak rompak termasuk filem baru sebelum diedarkan kepada penjual di sekitar negeri ini.

“Pintu bilik rahsia ditutup dengan sebuah almari dan selain stor, ia dijadikan tempat persembunyian dan melarikan diri anggota sindiket menjual DVD cetak rompak sebelum ini.

“Stor yang mempunyai bilik rahsia itu dilengkapkan dengan kamera litar tertutup (CCTV) bagi memudahkan anggota sindiket itu melarikan diri daripada dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, nilai rampasan DVD cetak rompak di dua stor berkenaan dianggarkan lebih RM175,000 dalam serbuan menerusi ‘Ops Helang’ kira-kira jam 3 petang.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki dan seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an yang melakukan kerja pengedaran DVD cetak rompak di stor berkenaan.

Beliau berkata, serbuan Ops Helang itu membabitkan 10 anggota penguat kuasa KPDNHEP Johor diketuai Wan Asrul Effendi.

Katanya, pihaknya turut merampas masing-masing satu unit televisyen, alat pemain DVD dan komputer.

“Siasatan awal mendapati bilik rahsia di stor berkenaan digunakan sebagai pusat penyimpanan dan pengedaran DVD cetak rompak untuk dihantar ke pusat beli-belah sekitar bandar raya ini selain ke daerah lain termasuk Batu Pahat dan Singapura,” katanya.

Sehubungan itu, Fahmi berkata, kedua-dua lelaki dan wanita itu akan ditahan bagi membantu siasatan sebelum didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 41 Akta Hak Cipta 1987.

Jika sabit kesalahan, katanya, mereka boleh didenda antara RM5,000 hingga RM20,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.
--- KatoeyNewsNetwork
  #405  
Old 12-02-2007, 03:01 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Taktik baru tawar seks

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 12hb Februari 2007 :-

Taktik baru tawar seks

JOHOR BAHRU: Beberapa sindiket pelacuran di sekitar Skudai, Pulai dan Kulai di sini, dikenal pasti beroperasi dalam kumpulan kecil dan menggunakan premis persendirian bagi menawarkan perkhidmatan seks, berbanding hotel murah.

Perubahan modus operandi itu dikesan selepas siasatan dan tangkapan sejak awal tahun ini mendapati sindiket berkenaan kini beralih kepada premis persendirian, berbanding menggunakan hotel murahan sebelum ini.

Selain itu, mereka beroperasi dalam bilangan kecil bagi mengelak wanita warga asing yang menawarkan khidmat seks ditahan serentak, selain sempat melarikan diri jika sesuatu tempat diserbu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata hasil siasatan dan serbuan menerusi Operasi Noda pihaknya mendapati sindiket pelacuran kini beralih kepada premis persendirian seperti apartmen, rumah sewa dan rumah kedai, berbanding hotel murah.

Katanya, dalam beberapa serbuan sejak Januari lalu, pihaknya menahan 44 orang, membabitkan 28 wanita warga asing yang menawarkan khidmat seks serta 16 lelaki tempatan yang bekerja sebagai bapa ayam, pengawal serta pelanggan wanita berkenaan.

Menurutnya, 28 wanita warga asing itu membabitkan 15 (Thailand), 11 warga Indonesia dan 2 China, berusia antara 21 hingga pertengahan 30-an, manakala 16 lelaki terdiri daripada pelanggan, pekerja dan bapa ayam berusia antara 20-an hingga 40-an.

Daripada kira-kira 10 serbuan, katanya, hanya satu tangkapan dilakukan di sebuah hotel murah di sekitar kawasan Skudai, manakala selebihnya membabitkan premis persendirian sama ada di apartmen, rumah sewa mahupun rumah kedai.

“Siasatan mendapati, sindiket pelacuran di kawasan sekitar ini kini lebih tertumpu kepada premis persendirian bagi mengelak kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.

“Mereka kini beroperasi dalam kumpulan kecil antara tiga dan empat wanita, dipercayai bagi mengelak semua wanita warga asing yang menawarkan perkhidmatan seks itu ditahan sekali gus.

“Selain itu, penggunaan premis persendirian dianggap lebih selamat dan mereka yang menyewa premis berkenaan boleh berpindah dengan mudah berbanding beroperasi di hotel murah,” katanya.

Beliau berkata, selain sanggup mengeluarkan modal besar untuk menyewa premis persendirian, sindiket berkenaan melengkapkan premis itu dengan pelbagai alat keselamatan.

Menurutnya, antara ciri-ciri keselamatan digunakan beberapa sindiket pelacuran itu termasuk kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sekitar premis, pengawal keselamatan kad dan dua jeriji di pintu satu-satu premis.

Katanya, penggunaan alat kawalan keselamatan itu bukan saja bertujuan memudahkan mereka melihat keadaan sekeliling, malah dipercayai bagi menyukarkan serbuan pihak berkuasa.

Walaupun mengeluarkan belanja besar, katanya, sindiket itu mengenakan bayaran tinggi bermula RM60 hingga lebih RM200. bergantung pada jenis perkhidmatan dan warga negara wanita itu.

Berikutan itu, katanya, polis akan meneruskan serbuan membabitkan premis persendirian serta pemeriksaan di hotel murah dan mengalu-alukan maklumat orang ramai.
--- KatoeyNewsNetwork
Advert Space Available
Bypass censorship with https://1.1.1.1

Cloudflare 1.1.1.1
Reply



Bookmarks

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off



All times are GMT +8. The time now is 09:45 PM.


Powered by vBulletin® Version 3.8.10
Copyright ©2000 - 2025, vBulletin Solutions, Inc.
User Alert System provided by Advanced User Tagging (Pro) - vBulletin Mods & Addons Copyright © 2025 DragonByte Technologies Ltd.
Copywrong © Samuel Leong 2006 ~ 2025 ph