View Single Post
  #845  
Old 05-02-2008, 01:38 AM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 19
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Sindiket jerat gadis Vietnam

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 4hb Februari 2008 :-

Sindiket jerat gadis Vietnam

KUALA LUMPUR: Sindiket penyeludupan manusia di Vietnam dikesan menjadikan negara ini sebagai modal untuk ‘mengumpan’ puluhan wanita muda yang ingin memperoleh gaji lumayan sebagai pelayan restoran sebelum mengarahkan mereka menjadi pelacur.

Difahamkan, sindiket yang mempunyai ejen di beberapa daerah atau wilayah di negara itu akan mencari mangsa dengan menjanjikan ‘peluang emas’ kepada mereka dan mendakwa kononnya Malaysia mempunyai pelbagai peluang pekerjaan terutama pelayan.

Sekiranya bersetuju dengan tawaran itu, keluarga mangsa dikenakan bayaran sebanyak AS$800 yang dianggap sebagai upah dan modal untuk memproses pasport.

Namun, ketua sindiket terbabit perlu terlebih dulu ‘memeriksa’ dan memilih mangsa untuk menentukan sama ada mereka layak untuk bekerja di luar negara atau sebaliknya.

Apabila mangsa tiba di negara ini, mereka yang bekerja sebagai pelayan restoran sepenuh masa pada awalnya diarah dan ‘diwajibkan’ menjadi pelacur pada waktu malam.

Perkara itu didedahkan akhbar laman web Thanhnien News.com yang melaporkan seorang lelaki ditahan di Delta Mekong, Vietnam, baru-baru ini, selepas didapati menyeludup masuk wanita di beberapa negara Asean termasuk Malaysia.

Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Can Tho, Senior Leftenan Kolonel Nguyen Thanh Nha, dipetik berkata suspek dikenali Thai Nham Ty dan pihaknya turut merampas beberapa pasport dipercayai milik wanita yang diseludup ke luar negara.

“Berdasarkan siasatan awal yang diperoleh daripada seorang mangsa, kami mendapati sindiket itu sudah menyeludup sekurang-kurangnya 20 wanita ke Malaysia, Kemboja dan Singapura sejak 10 Januari lalu.

“Semua wanita berkenaan dipercayai berasal dari Delta Mekong termasuk bandar Can Tho, An Giang dan wilayah Hau Giang,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan turut mendapati sindiket terbabit memperuntukkan sebanyak AS$200 hingga AS$250 bagi setiap pasport wanita terbabit selepas dipilih dan dipersetujui ketua mereka.

“Selain itu, kami sedang menyiasat sama ada suspek yang ditahan bersubahat dengan imigresen untuk memperoleh pasport terbabit.

“Bagaimanapun, kami berjaya memberkas ketua sindiket berkenaan yang dikenali Hua Thi Thuy Trang bersama dua konconya, pada 10 Januari lalu. Suspek dikatakan bekerja sebagai pelacur dan pernah memasuki Malaysia, Kemboja serta Singapura atas urusan kerja,” katanya.

Nguyen berkata, sindiket berkenaan dipercayai mempunyai ejen di beberapa daerah dan menawarkan wanita muda supaya datang ke Malaysia untuk menjadi pelayan dengan gaji yang lumayan.

“Jika keluarga wanita itu bersetuju, mereka hanya perlu membayar wang deposit berjumlah AS$800 dan separuh daripada jumlah berkenaan akan diberi kepada ejen dipilih sindiket terbabit.

“Bagaimanapun, mangsa yang pada awalnya bekerja di restoran serta pub kemudian dikurung dan diarah menjadi pelacur pada waktu malam,” katanya.

Menurutnya, pihaknya kini sedang meneruskan siasatan untuk memburu ejen sindiket itu dan mereka yang terbabit dalam kegiatan menyeludup manusia boleh dikenakan hukuman antara lima hingga 20 tahun.
--- KatoeyNewsNetwork