View Single Post
  #828  
Old 21-01-2008, 06:08 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 19
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
‘Saya mahu cegah maksiat’

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 21hb Januari 2008 :-

‘Saya mahu cegah maksiat’

JOHOR BAHRU : Dengan lagak seperti paparazzi, seorang pesara tentera secara sukarela merakam lebih 50 aksi ‘panas’ pasangan kekasih di sebuah kawasan riadah di Jalan Skudai, di sini.

Gambar dirakamkan lelaki itu menunjukkan pelbagai gelagat pasangan bercinta seolah-olah hilang malu apabila bercumbu dan berpelukan di kawasan riadah itu tanpa mempedulikan pengunjung lain.

Pesara tentera berkenaan, Bachok Daeng Shahdan, 51, yang menunjukkan gambar itu kepada wakil Harian Metro, berkata dia berbuat demikian dalam tempoh sebulan mulai Disember hingga awal bulan ini.

Menurutnya, dia bukan mahu mengaib mahupun menjatuhkan maruah pasangan kekasih berkenaan, sebaliknya memberi kesedaran supaya tidak melakukan maksiat, apatah lagi di tempat tumpuan ramai.

Selain pasangan tempatan, katanya, warga asing turut memilih tempat tersembunyi di kawasan riadah itu memadu asmara.

“Saya mula merakam merakam gambar pasangan melakukan perbuatan tidak sopan itu selepas memerhatikan ada pasangan bercumbu berhampiran tempat permainan kanak-kanak ketika mengunjungi kawasan riadah itu bersama ahli keluarga.

“Kebanyakan gambar berkenaan dirakamkan pada waktu petang hingga malam dan ada yang memilih kawasan berhampiran pantai serta di bawah pokok buluh sebagai tempat melakukan perbuatan sumbang.

“Ada antara mereka asyik melakukan perbuatan itu hingga tidak menyedari saya merakamkan gambar mereka. Sebahagian pula memaki dengan perkataan kesat dan cuba mengejar saya merampas kamera kerana khuatir perbuatan mereka didedah atau disebarkan,” katanya.

Bachok berkata, gambar berkenaan akan diserahkan kepada pihak berkuasa bagi memastikan kawasan riadah itu bebas gejala maksiat pada masa depan.

Dia berkata, gejala maksiat yang berleluasa di kawasan riadah itu tidak seharusnya dipandang remeh kerana ia mampu menyumbang masalah tidak diingini pada masa depan.

“Tambahan pula, perbuatan tidak bermoral itu boleh menjejaskan imej Bandaraya Johor Bahru di kalangan pelancong asing yang akan melabelkan kawasan riadah di sini sebagai tempat maksiat sekiranya memerhatikan perbuatan tidak bermoral.

“Sehubungan itu, pengurusan kawasan riadah itu seharusnya mengetatkan rondaan bagi mengelakkan pasangan kekasih mengambil kesempatan, “ katanya.

--- KatoeyNewsNetwork