View Single Post
  #100  
Old 28-03-2006, 05:45 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 19
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Talian dipotong jika tak daftar

Laporan dari Berita Harian bertarikh Selesa 28hb Mac 2006 :-

Talian dipotong jika tak daftar

GEORGETOWN: Talian telefon bimbit prabayar kira-kira 14 juta pengguna di seluruh negara akan ditamatkan jika mereka belum mendaftar dengan syarikat telekomunikasi sebelum akhir tahun ini.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, berkata tindakan tegas itu terpaksa diambil berikutan sambutan pengguna terhadap proses pendaftaran perkhidmatan berkenaan kurang memuaskan.

"Kementerian terpaksa bertindak atas arahan Kabinet. Masa yang cukup sudah diberi dan bulan depan kita akan tandatangan warta yang mewajibkan semua pengguna kad prabayar membuat pendaftaran selewat-lewatnya sebelum akhir tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Forum Bisnes Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sempena Minggu ICT Asean-China Kedua di Hotel City Bayview di sini, semalam.

Dr Lim diminta mengulas perkembangan terbaru proses pendaftaran telefon bimbit prabayar yang sudah ditangguhkan beberapa kali.

Tahun lalu, Kabinet mengarahkan semua syarikat telekomunikasi mendaftar pengguna talian prabayar atas dasar keselamatan, selain bagi menangani masalah penyebaran fitnah.

Bagaimanapun, Januari lalu, kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh pendaftaran itu daripada Jun ke akhir tahun ini atas permintaan tiga syarikat telekomunikasi, Maxis Communications Bhd (Maxis), Celcom (M) Bhd (Celcom) dan DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi).

Dr Lim berkata, sambutan setakat ini amat dingin dan mengecewakan kerana 1.2 juta pengguna saja yang sudah mendaftar.

"Saya sudah mengarahkan semua syarikat pengendali perkhidmatan telefon mudah alih tempatan agar meneruskan usaha ini. Banyak kaedah boleh digunakan untuk mendaftar talian kad prabayar ini," katanya.